CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 24, 2013

Kita Tak Mencari Yang Sesempurna Itu, Dan Kita Mungkin Juga Sesempura Itu

Aku tak mencari yang sesempurna yang saya awak dia kamu mereka impikan
Bila kita terlampau mencari yang sempurna pasti berlawanan yang kita dapat
Tuhan duga manusia dengan bermacam macam dugaan
ada yang bersifat kekal
ada yang bersifat sementara
ada yang rasa gembira
ada yang rasa sedih
kecewa
pasrah
redha


Tarik nafas dalam dalam
Lontarkan fikiran jauh kehadapan
Jangan ingat apa pun yang pernah terjadi
Cuma ada aku dan Dia
Sujud
Istighfar
Fikir


Siapa aku nak tentukan Qada dan Qadar dalam hidup aku
Siapa aku nak salahkan Dia atas apa yang terjadi
Dan
Siapa aku nak tuding kesalahan semua kesalahan yang pernah berlaku
Kerana Dia adalah Maha Mengetahui


Hidup kalau berada dalam tapuk yang lama
Takkan kemana
Kemana pergi Takut
Taku dengan bayangan sendiri
Bukan tidak pernah untuk bergerak
Tapi takut dengan bayangan silam
Jalan
Gerak ke depan
Bukan berundur
Dan
Teruskan melangkah


Tidak adil kalau terus menyalahi diri sendiri atas kesalahan lampau
Semua tu sudah tertulis
Bukan aku kau dia kita mereka semua pinta
Bukan semua kenangan yang indah itu sangat bahagia
Dan
Bukan semua kenangan yang pahit itu derita


 Kadang kala pada satu tahap
kita bersujud
menadah tangan
sampai bila di duga berterusan macam nie
Tapi
Kadang kadang kita lupa
Bahawa Dia ada perancangan yang terbaik untuk diri kita
Kerana
Dia Maha Mengetahui