CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 9, 2013

Jatuh Bangun Balik, Usaha Selagi Ada.




Sebenarnya lama juga fikir nak update ke tak pasal benda nie.
Baru jer lepas tengok satu video yang mukabukamu mukabukumu jua.
Eh rasa macam tak layak pulak nak cakap pasal hal nie..ok gelak sikit. Sikit jer.
Kesian aku tgk budak tu. Sebenarnya tunggu jugak budak nie nak cakap apa, yerlah sebab muka dia jer penuh kat situ. Seminit dua minit tiga minit, aihh asal pulak nangis nie adik. Kening aku dah kerut kerut tengok nie. Apa sebenarnya budak nie nak cakap eh. Lama aku tenung skirn komputer aku, rasa macam nak tembus ke belakang pun ada jugak. Aku faham perasaan dia. Yerlah setiap insan yang bergelar manusia nie ada perasaan kasih, perasaan sayang semua. Kita yang dewasa nie pun kalau putus cinta pun alamak haiii rasa macam nak berguling guling atas jalan, kalau ada lah pintu doremon dah lama kita nak benda benda macam tu.

Cuma kesilapan dia, buat video macam tu. Mungkin video tu dia nak bagi dekat ex dia tapi tak tau lah tersebar ke apa wallahualam.. Beza cuma seorang anak gadis yang meningkat remaja. Kadang kadang bila terlampau ikutkan kehendak hati kita kadang kadang lupa DIA yang diatas sana. Mungkin itu cara dia nak meluahkan rasa hati terpendam memendam terbuku membuku lima tangan dia tu.


Adik sayang,
lumrah kehidupan
ada ketika kita diuji dengan rasa bahagia
ada ketika kita diuji dengan dugaan yang sangat hebat
DIA tidak akan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba dia sendiri
percayalah
sebenarnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya
akan ada pelangi
mungkin masanya belum tiba lagi
bahagiakan diri dahulu
jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran
jatuh bangun semula
semua yang berlaku itu mesti bersebab
percayalah suatu masa nanti
pasti kita sendiri akan menoleh ke belakang
senyum
bahagia
puas
apa yang kita rasa sekarang nie tak mungkin kita dapat tanpa pengalaman yang menyakitkan
masih jauh perjalanan
teruskan langkah
sabar
pasti akan ada pelangi suatu masa nanti..



Tuesday, October 8, 2013

Tak Salah Cuma Terlalu Terbuka

Kadang kadang tak salah pun untuk kita melihat kebelakang
toleh 
pandang pandang ke belakang
masa silam
cuma kadang kadang kita terlampau terbuka untuk memperkatakan
faham kita teringat 
tertoleh
terpandang
terjenguk
faham
faham
cuma bila kita katakan ya betul kenangan sudah jadi sejarah
bermati matian menyangkal dakwaan
cuba untuk memperkatakan tidak ada lagi untuk diingatkan
cuba untuk menerima sejarah
cuba untuk melupakan
tanya hati betul sudah melupakan sejarah
mungkin hati berbagi untuk menyatakan ya atau tidak
sejarah cukup untuk diri kita atau pun yang berkenaan ingat
tak perlu untuk di uar-uarkan di langit
faham
teknologi untuk diri
tapi tidak perlu untuk diperkatakan di dinding
sedangkan hakikat hati telah diberikan kepada yang lain
dan yang empunya kenangan sudah mempunyai kehidupan sendiri
hakikat kehidupan
kita mampu untuk berkata 
tapi empunya hati yang baru bagai tertanya
kenapa perlu untuk diuar uarkan dilangit sedangkan kau disisi yang baru sekarang ini
hati masih berbaki kepada dia ke
kata engkau sudah toleh pandang kehadapan
terima atau tidak Qada' dan Qadar
cakaplah apa sahaja yang perlu engkau katakan
menggelabah
hati ayam
hati harimau segala apalah
empunya hati yang baru sudah cukup menderita selama ini
tidak perlu untuk kau meluahkan dilangit yang terbentang luas ini pasal kenangan
tidak perlu untuk meluahkan dihadapan empunya hati yang baru
kerana kenangan itu sudah cukup membunuh peristiwa yang terlibat sekali..


" kadang kadang kita cuba berpura pura kuat untuk menghadapi segala ribut taufan bagai yang datang tapi dengan kata kata  sudah cukup untuk meranapkan hati yang kebal macam mana sekali pun.. realiti kehidupan kita hidup bukan untuk mengenang kisah lampau yang menyakitkan tapi kita cuba sedaya upaya untuk menggembirakan hati walaupun pernah dikhianati dan kita berusaha untuk meyakinkan diri kita dia lah insan yang kita pilih untuk hidup kita. Hati.."
 
 

Monday, September 16, 2013

Tidak Sangka Datang Kembali

Senyum
Alhamdulillah
Tak tau macam mana hendak mulakan
Dahulu kita pernah bersama
Dahulu kita pernah mulakan langkah bersama
Dahulu kita pernah berjanji

Dahulu aku pernah kecewa
Dahulu aku pernah bahagia
Dahulu aku pernah senyum
ketawa
bahagia
sedih
Bersama dia


Setelah sekian lama
Hampir 5 tahun
kembali
Lama aku merenung
Lama aku memikir
Dan
Lama aku teringat kembali kisah dahulu
Entah


Kali ini amaran aku keras
Kali ini amaran aku lebih berbisa
Jangan pernah kau tinggalkan orang yang sayang diri kau semata mata untuk pergi kepada orang yang belum tentu akan sayang kau
Dan akibatnya kau kecewa
Merana bukan?


Peluang kedua
Datang sekali sahaja aku berikan
Aku tak pinta untuk kau berjanji sekali lagi
Ikhlas
Jujur
Itu yang aku pinta dari diri kau


Selebihnya aku berserah kepadaNya
Doaku agar kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat
Dongak  ke langit
Tarik nafas dalam dalam
Mengorak terus ke hadapan
Senyum




" Satu ketika kita tidak pernah minta cinta lama yang pernah hilang kecewa untuk kembali balik, tapi kita menanti cinta itu akan kembali kepada kita dengan hati yang tulus ikhlas dan jujur suatu masa nanti.."







Saturday, August 24, 2013

Kita Tak Mencari Yang Sesempurna Itu, Dan Kita Mungkin Juga Sesempura Itu

Aku tak mencari yang sesempurna yang saya awak dia kamu mereka impikan
Bila kita terlampau mencari yang sempurna pasti berlawanan yang kita dapat
Tuhan duga manusia dengan bermacam macam dugaan
ada yang bersifat kekal
ada yang bersifat sementara
ada yang rasa gembira
ada yang rasa sedih
kecewa
pasrah
redha


Tarik nafas dalam dalam
Lontarkan fikiran jauh kehadapan
Jangan ingat apa pun yang pernah terjadi
Cuma ada aku dan Dia
Sujud
Istighfar
Fikir


Siapa aku nak tentukan Qada dan Qadar dalam hidup aku
Siapa aku nak salahkan Dia atas apa yang terjadi
Dan
Siapa aku nak tuding kesalahan semua kesalahan yang pernah berlaku
Kerana Dia adalah Maha Mengetahui


Hidup kalau berada dalam tapuk yang lama
Takkan kemana
Kemana pergi Takut
Taku dengan bayangan sendiri
Bukan tidak pernah untuk bergerak
Tapi takut dengan bayangan silam
Jalan
Gerak ke depan
Bukan berundur
Dan
Teruskan melangkah


Tidak adil kalau terus menyalahi diri sendiri atas kesalahan lampau
Semua tu sudah tertulis
Bukan aku kau dia kita mereka semua pinta
Bukan semua kenangan yang indah itu sangat bahagia
Dan
Bukan semua kenangan yang pahit itu derita


 Kadang kala pada satu tahap
kita bersujud
menadah tangan
sampai bila di duga berterusan macam nie
Tapi
Kadang kadang kita lupa
Bahawa Dia ada perancangan yang terbaik untuk diri kita
Kerana
Dia Maha Mengetahui



Tuesday, April 23, 2013

Perlukan Pembaharuan- Ubah Diri, Muhasabah Diri


assalammualaikum
selamat pagi *entri ditulis pada waktu pagi*
hye
hallo


tau dah lama sangat tak update blog
bz sangat katanya
yang hado lah
bz kemas sawang sawang kt dalam blog nie
bz kemas habuk habuk yang telah lama ditinggalkan
senang cerita bz sangatlah
anggukkan saja


 apa yer perkembangan terbaru
takde yang baru pun, yang lama lagi ada lah
orang dok sebok berkempen sana sini
yerlah musim menuai sekarang nie kan
eh salah
musim pilih memilih sekarang nie
opss jap jap
saya mungkin tidak akan memasukkan hal hal politik dalam blog nie
kehkehkeh


selama aku diam nie
banyak yang aku perhatikan
kadang kadang kita nie hidup macam selalu salahkan takdir
kenapa jadi macam tu
kenapa jadi macam nie
cuba kita senyap kejap
senyap dari melawan arus
senyap dari membebel seorang diri


kita bukan nak jadi yang terlampau sempurna
bukan nak jadi yang terlampau hebat
tapi kita cuma nak cari kesempurnaan dalam hidup
sempurna
sempurna yang sederhana
fikir kejap


kadang kadang diri aku pun rasa malas
malas
malas nak fikir
malas nak fikir kenapa sesuatu terjadi terhadap diri kita
itulah
kita selalu manjakan diri
kita selalu bajet diri kita betul sempurna
bajet gud2 jer


tapi kita lupa
kita alpa
seronok sangat kejar kesempurnaan
seronok sangat kejar bahagia
seronok betul
itulah
menangis sorang sorang lepas tu
padan muka


kita lupa hakikat kehidupan kita
kita lupa realiti kehidupan kita
kita lupa pada yang Satu
DIA
yang tentukan segalanya
Qada' dan Qadar


Dan
aku percaya
setiapa apa halangan dugaan yang datang
ada hikmah disebalik tu
percaya tu
DIA
takkan menduga hambanya lebih dari kemampuan diri kita sendiri
senyum bila di duga
senyum
kerana kita insan yang terpilih teristimewa