dalam banyak banyak bintang
kau yang aku pilih
dalam banyak banyak kumbang
kau yang aku pilih
dalam banyak banyak sendu
kau yang aku pilih
parut lama
jangan diusik
parut lama
jangan disentuh
parut lama
jangan dikikis
biarkan parut
baru kita mengerti apa itu sakit
baru kita tau betapa payahnya nak keringkan parut
baru kita mengerti apa itu maksud pengorbanan
kadang kadang langit tak selalunya cerah
mendung
hujan
kalau marah
ribut taufan segala bagai turun
kalau luka lama tu menyakitkan
jangan dibuat lagi perkara yang sama
kalau luka lama tu memeritkan
jangan diungkit lagi jiwa yang sama
kita impikan kehidupan yang bahagia
semua orang mahukan
mahu tak mahu
cabaran terbentang luas depan kita
cuma kita sendiri yang tentukan
berani melangkah
kental melawan
tabah melawan arus
atau
berpatah balik
cuma mahukan kehidupan macam dalam filem
macam menonton dalam wayang
bahagia
gembira
tiada gangguan
seronokkan?
tapi itu dalam imaginasi sendiri
realiti
aku sendiri kena berdepan
macam mana payah pun aku bangkit dulu
macam mana payah aku buang parut lama
macam mana susah aku teruskan langkah
aku tetap takkan menoleh belakang
betapa sakitnya hati aku dulu
betapa hancurnya hati aku dulu
dan
betapa kecewanya aku dulu
cuma yang aku mahukan
hati
hati redhalah
hati jujurlah
hati ikhlaslah.
Saturday, April 5, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)