CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

Otak Makin Kelabu Fikiran Jauh Melayang- Chenta Jangan Pergi Jauh

salam..
haipp selamat malam u all!
sowry lame tak update blog saje suka2 tak nak update blog..
ko kesah ke?
aku tak kesah pn..



tak tau r nak update ape nie
blank
blur
garu2 kepala
garu2 tangan
garu2 kaki
ok stop merepek lol!



hurmm..
sok ari yang giler
trsangat giler penting..


YANG PERTAMA

intrview aku yang kali kedua kt dot dot dot
ohh yang da tau aku ucapkan tahniah sbb korg tau
yang xtau 2 kira bt2 xtau r kan
so sok kne bt elok2, konfiden tra konfiden..chaiyok2!



YANG KEDUA

part nie aku sedih sikit nk cter
chenta suda dpt kerja yang baru kt selatan
so?
so kira pasnie aku sorang2 lar kt sini
makan sorg2
kuar sorg2
kang bile da gduh xley nk jumpa
tak ley nak penampa terajang tolak kepala chenta aku lagi
tak ley nak gaduh spe yg kne drive kete lg
tak ley nk bg dier mcm2 alasan ngntuk lah penat lah sakit perut lah..
tak ley nak tgk wayang2 same2 lg..
hurmm..
banyaknye..
tak ley nk lepak mkn kampung baru same2 da..




pasnie sume kne sendiri..
nt xde lah ayat " d tlg amek duit tol kt situ kt sini.."
" d drive lah..b penat"
" d tu lah d nie lah.."
silap2 kne maki sbb byk sgt d..
pasnie nak mam kt kampung baru kne sorang2
nak tgk wayang kne 2 3 kali pk
nak g mall kne 10 kali pk
nak g sne snie berjuta2 kali pk..



pastu xley nak gurau2 kt dlm kete
xley nk gelak lg da ngn lawak bangang dier
xley nk gaduh2 dlm kete g da..
sunyi kan..
bile lalu kt jln sni msti trigt oo kt snie lah aku ngn dier jalan
bile lalu jln sne msti trigt oo kt sne lah aku ngn dier lepak..




ok bek aku stop sebelum aku meraung
bia jauh tp dekat kt dlm haty
bia tak nampak asalkn tetap sayang..





" if i have one day to choose which part that i really miss him of coz i will choose when he smile at me.."

Wednesday, December 8, 2010

Penghijrahan Itu Perlu Bagi Aku- Aku Masih Disini

salam maal hijrah
sowry adakah aku lambat untuk mengucapkan?
okeyh aku tau aku lambat..yeaahh!



hurmm
hijraj hijrah hijrah
bile nenek nak hijrah..okeyh2 tak boleh nak paksa2 kan??
sila buat dengan hati yang sangat rela..
jangan merepek lagi sila kemukan hujah2 anda yang telah lama anda simpan sehingga menjadi jeruk
hahaha..




berubah ke arah kebaikan
berubah ke arah yang tidak melalaikan
berubah dengan hati yang rela
bukan atas sebab terpaksa atau memaksa
nescaya memakan diri
okeyh2 malas r pulak aku nak jd usatazah nie
hahaha



taun nie banyak sangat dugaan yang aku dapat
kadang2 terpiki aku nie penah bt silap ke..
kekhilafan yang aku tak penah nak tau atau yang tidak sengaja
taun nie jgk banyak sangat hati aku di toreh oleh lahanat2 yang mungkin aku gelarkan mereka manusia bergigi badak..haihh



kadang-kadang aku sampai terpiki tak nak r bercinta lagi
serik lah ape lah takut lah
hati aku mcm nk pecah bila terluka
tp muka ttp selambe mcm xde benda berlaku
aku rasa kalau aku bercinta lagi maybe yang indah hanya sementara
mcm lagu makcek erra fazira kita..pnh dgr?
tak pnh dgr diam2 suda..



kadang-kadang aku memang tak penah percaya dengan someone
ssh aku nak percayakan someone nak2 bila da pnh kna baekk punye..
aku byk negative thinking r..
haihh
kadang-kadang aku rasa mcm takut sangat nk bagi hati aku sayang cintakan org yang aku gelarkan dier LELAKI
aku takut dipermainkan lagi..
hurmm..susah nak cakap psl bnd
byk pulak kadang2 aku kan
haihh!





sekarang hati aku da kena curi weh!
tolong2 sape curi hati aku nie..hahahaha
ada lah..
memang kadang2 aku curiga dgn dier..
memang kadang2 aku rasa dier nie menipu aku jer nie..
tgk2 negative lg pk! haihh..
ilusi lebih nie..



baru lagi hubungan aku ngn dier..
dari segi kejujuran aku da nampak sikit, sikit jer r kan xbyk ne pn..
mula2 mmg nak bertekak jer memanjang
yer lah sume nak betul
sume tak nak ngaku salah
tapi dengan dier nie aku rasa relax jer..
relax r kan, masa bulan ke 2 nie aku rasa mcm relax jer




masing2 masih nk kenal haty budi masing-masingkan..
aku susah nak cakap psl kejujuran keikhlasan dan kesetiaan sume nie
nie sume terletak pada diri masing2 btl tak..
yang penting aku makin aku kenal diri dier lagi prasaan sayang tu ada..
aku tak harapkan diri dier apa2..
aku cuma harapkan dier ikhlas n jujur dengan aku..




" when i saw u, i feel nothing..but after u said I LOVE U, i feel im glad to know u.."




-tiada apa yang aku mahu katakan..berkatilah hubungan aku dan dia, segala kemungkinan yang bakal berlaku aku redha dengan ketentuanMU YA ALLAH..yang aku mahukan berikan perlindungan terhadap aku dan dia, jauhilah segala yang buruk dari kami berbuda, berikan yang baik kepda kami berdua..amin-

Friday, December 3, 2010

Jiwa Aku Terselah Sakit- Kesakitan Jiwa Yang terlampau

sebelum aku berbicara dgn lebih panjang
mahu aku ulaskan penulisan aku kali ini lebih kepada emosional yang terlampau
lebih kepada luahan emosi aku yang terganggu
aku hanya mahu diam tunduk membisu
aku hanya mahu senyap tanpa berkata apa-apa
aku mahu lihat pandang dan dengar apa yang org sekeliling aku mahu berkata
ya..
dunia ini masih berputar
silakan berkata-kata wahai mahkluk sekalian alam




aku kaum hawa yang diciptakan untuk rasa dicintai dan disayangi oleh kaum adam
aku punya hati serta perasaan
aku punya naluri untuk disayangi
aku punya rasa untuk dikasihi
bila aku dan kau berkata
saat pasti akan melihat
apa jua tindak tanduk yang kau lakukan
sememangnya akan diperhatikan




diam itu hanya suara aku
hati aku tak pernah untuk diam
hati aku sentiasa bersuara
kiranya aku mengenali hidup kau dengan penuh kelemahan
aku terima apa sahaja
tidak pernah untuk aku mengungkit kekurangan dalam diri kau



kau manusia
aku pun manusia
mahu ape lagi?
ape lagi yang kamu mahukan manusia?
aku tidak mahu untuk simpan lagi
biarkan kau tahu
biarkan kau faham
biarkan kau mengerti




hidup penuh pancaroba
aku akan terus berjalan
aku terus melangkah
aku akan terus pandang kehadapan
dunia ini tetap berputar
dunia ini masih berputar
maka aku kena hadapi segalanya







-diam-senyap-tunduk-pandang-dongak-
aku tetap aku