CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 3, 2010

Jiwa Aku Terselah Sakit- Kesakitan Jiwa Yang terlampau

sebelum aku berbicara dgn lebih panjang
mahu aku ulaskan penulisan aku kali ini lebih kepada emosional yang terlampau
lebih kepada luahan emosi aku yang terganggu
aku hanya mahu diam tunduk membisu
aku hanya mahu senyap tanpa berkata apa-apa
aku mahu lihat pandang dan dengar apa yang org sekeliling aku mahu berkata
ya..
dunia ini masih berputar
silakan berkata-kata wahai mahkluk sekalian alam




aku kaum hawa yang diciptakan untuk rasa dicintai dan disayangi oleh kaum adam
aku punya hati serta perasaan
aku punya naluri untuk disayangi
aku punya rasa untuk dikasihi
bila aku dan kau berkata
saat pasti akan melihat
apa jua tindak tanduk yang kau lakukan
sememangnya akan diperhatikan




diam itu hanya suara aku
hati aku tak pernah untuk diam
hati aku sentiasa bersuara
kiranya aku mengenali hidup kau dengan penuh kelemahan
aku terima apa sahaja
tidak pernah untuk aku mengungkit kekurangan dalam diri kau



kau manusia
aku pun manusia
mahu ape lagi?
ape lagi yang kamu mahukan manusia?
aku tidak mahu untuk simpan lagi
biarkan kau tahu
biarkan kau faham
biarkan kau mengerti




hidup penuh pancaroba
aku akan terus berjalan
aku terus melangkah
aku akan terus pandang kehadapan
dunia ini tetap berputar
dunia ini masih berputar
maka aku kena hadapi segalanya







-diam-senyap-tunduk-pandang-dongak-
aku tetap aku

No comments: