CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 5, 2011

Suka Bila Gembira, Geram Bila Marah- Hanya Insan Biasa

Salam Aidiladha

lama tak hapdate belog kan? saja suka-suki sakai malas nak hapted..tak tau nak hapdate pe, semua benda rasa nak hapdate kan kan kan?

so esok raya haji but aku keje! yeahh..aku yang tak nak cuti bajet nk jadi pekerja ala ala yang tak bape cemerlang lah kan! pheww..long journey, ohh lupa lak nak gtau thanx sape2 yang wish my bufday! thank u so so so much! sorry kalau tak sempat nak reply korang pny komen okeyh!

bulan oktober ohh so many memories..serius! my bufday, a lovely suprise from my hubby, pegi genting dgn my hubby, tgk wayang..wow seriously i love October! u know what..dalam satu perhubungan mesti ada pasang surut, aku tak cakap yang aku atau dier perfect but sometimes we all mcm yang lain jgk!


bak kata membe baik aku " dalam hubungan nie mcm suami isteri gak, ada pasang surut..sabar jer lah kalau dia api, kau jadi angin..kau mengalah jer walaupun kau rasa kau betul, kau tak salah..laki nie kalau kita cakap salah tak cakap pn salah gak, so kau diam jer tapi kalau kau rasa mcm nak keras jgk terpulang kat kau..hubungan nie sorang kena jadi air sorang kena jadi api..yang penting kau sabar "

ha dapat kawan macam nie okeyh lar kan, nak membantu cuba kalau dpt kawan yg cam haremmm..lu pk lah sendiri, kdg2 rasa mcm nak bagi tapak kaki jer kan! keh keh keh

kadang=kadang kita tak ley nak ego sfgt..tak ke mana pun kalau nak ego bagai nie..
tapi kadang gaduh besar pun ada baikk punyer yang banyak pendam time tu lar nk meletop kan! yang suka sangat nak cakap banyak time tu lah nak diam. tapi pandai2 korang lah nak handle cmne kan..ada masalah cakap, jangan nak buat keputusan melulu..


kesimpulannya, dalam perhubungan gaduh suka gembira sedih itu satu kehidupan,
realiti tu tetap realiti,
yang angan-angan tu kadang2 boleh jadi realiti,
ikut korang macam mana nak jadikan benda tu realiti okeyh..



okey tak nak melalut apa lagi,
kehidupan nie realiti,
realiti tetap realiti,
mimpi tetap mimpi,
siapa tahu mimpi boley jadi realiti..



i love u so much my hubby!

Saturday, September 3, 2011

Mencintai Aku Dengan Seadanya- Bukan Kisah Dongeng

ini bukan kisah dongeng
ini bukan kisah angan-angan
ini kisah aku
ini kisah realiti
realiti
benar
bukan palsu




kalau dulu aku selalu tengok pasangan lain
kalau dulu aku selalu harapkan aku berada dalam diri mereka
kalau dulu aku selalu harapkan aku bahagia
memiliki pasangan yang aku impikan boleh bahagiakan diri aku
kalau dulu aku selalu aku katakan
kenapa dunia percintaan ini tidak adil
kenapa aku selalu ditimpa dugaan yang bertimpa-timpa




jatuh
bangun
sakit
kecewa
itu semua pernah aku lalui
bangun sendiri
tanpa bantuan orang lain
dulu aku katakan dunia ini tidak adil bagi aku
kenapa?
sebab aku selalu mengharapkan bahagia tapi hanya dugaan yang datang tanpa dipinta




itu cerita dulu
dulu tak sama dengan sekarang
masa berubah
keadaan berubah
pantai pun berubah
kehidupan berubah




sekarang baru aku faham
sekarang baru aku mengerti
kenapa?
ya
kenapa tuhan bagi aku dugaan yang berat dekat aku
sebab Dia mahu aku lebih kenal erti kehidupan
mahu aku kenal apa itu derita sebelum bahagia
aku senyum




alhamdulillah
Dia kurniakan aku bahagia yang aku tidak mampu untuk aku kata apa-apa
bahagia yang datang
bahagia yang selama ini aku cari
senyum
sekarang aku mampu untuk rasa bahagia sama macam pasangan lain
syukur
dia hadir ketika aku memerlukan seseorang untuk menerima aku seadanya
alhamdulillah




jujur
bahagia
ikhlas
aku harap ia berpanjangan
insyaAllah
aku doakan mahu yang baik-baik sahaja
aku doakan agar tuhan makbulkan doa aku






-mencintai aku dengan seadanya, mencintai aku bukan kerana rupa, walau waktu sedu, walau waktu hiba- ini bukan kisah dongeng-

Monday, August 29, 2011

Perlu Aku Katakan- Aku Bersyukur

malam ini malam kemenangan bagi umat islam
malam in wajah dihiasai dengan senyuman
di kampung
di bandar
mahu pun jauh seberang sana
semua bergembira



ya selamat hari raya di ucapkan
moga selamat semuanya
maaf dipinta sekiranya ade ke khilafan dari diri ini
aku bukan manusia yang sempurna
jauh sekali mengejar kesempurnaan




raya kali ini
memang aku patut bersyukur
di kurniakan kesihatan yang baik
di kurniakan keluarga yang bahagia
dan aku bersyukur
tuhan telah memakbulkan doa aku selama ini
di berikan aku kebahagiaan yang selama nie susah dicari
mungkin sukar untuk aku perolehi




aku mintak yang baik baik saja
aku mintak agar berkekalan hingga ke akhir hayat
sungguh
dia sangat bersabar dengan kerenah aku
sungguh
dia seorang yang sangat memahami
sungguh
susah untuk aku luahkan




aku mahukan dia cintakan aku
kerana
Allah SWT
aku mahu dia sayang diri aku
kerana
ini adalah aku



aku patut mengucapkan syukur kerana aku lebih bahagia raya kali ini..ALHAMDULILLAH

Friday, August 26, 2011

Satu Hari Senyum- Ini Memang Gila

haaiipp!
nak raya dah kan..yeayy!
sapa yang nak balik kampung, drive elok-elok okeyh..
okeyh arinie nak update blog tak nak guna bahasa skema sangat
sebab de lah org tu kater tak paham lah kan!
arinie guna bahasa yang baek punya..





nak citer sikit lah..
eh malu lah plak kan!
poyo lah lu nie nak malu-malu
hahahaha..
ade lah arit kuar dgn inchik chenta, bajer g dinner pas buka pose kan..
ntah xtau nape aku nak makan nandos, so ckp kt inchik chenta nak g makan kt sg wang
so jumpa lah kat sg wang.





pas makan tu bajet nak kuar g jenjalan,okeyh buat keputusan inchik chenta park moto dier kt parking kete umah aku, then kuar nek kete ngn aku..
so time da smp umah, inchik chenta da park moto, aku pn cakap kt inchik chenta


" hubby..syg nak nek atas umah jp, nk g toilet lah "


berdesup aku lari rasa cm aku terbang lah plak


lepas da melabur saham..hahahaha! aku turun g kt kete, tgk inchik chenta da masuk dlm kete, ngah duk dlm kete bajet nk gerak nie tiba-tiba

" eh sayang, dlm kete syg ade bunga eh? " inchik chenta


" eh bila masa plak dlm kete syg de bunga.." kata aku smbil agak konfius lagi blur


" eh yelar..ade org bagi bunga eh kt sayang.." kata inchik chenta smbil amek bunga kt tmpat duduk blakang


" hubbyyyy!! "


okeyh aku mmg terkejut klu nk tgk muka tu xyah citer lg kiut muka time ngah tahan berak.



serius
aku tak sangka, terkejut gila malam tu
nak jadi pe malam tu?
memang aku senyum sampai pagi
memang gila!


Tuesday, August 9, 2011

Kadang-Kadang Bukan Senang Aku Nak Katakan-Bila Itu Perlu

kadang-kadang aku perlu akui
haty aku sudah terbuka
kadang-kadang aku perlu akui
aku kalah dalam mempertahankan ego
dan
kadang-kadang aku perlu akui
hati aku hanya untuk dia



aku biarkan bulan bicara sendiri
aku biarkan bintang berkelip sendiri
aku biarkan matahari terbenam sendiri
dan
aku biarkan awan cerah sendiri



aku suka
aku sayang
aku cinta
itu semua aku
diri aku
jiwa aku
hati aku
perasaan aku
itu semua aku



kadang-kadang langit tak secerah yang aku pinta
kadang-kadang hujan turun tanpa aku duga
ibarat itu kehidupan aku
episod baru
hidup baru
itu semua baru bagi aku



cuma aku pinta
biarlah penamat ceritanya berakhir dengan kebahagiaan
biarlah kesudahan episod berakhir dengan kegembiraan
itu aku pinta




" walau sebesar mana dugaan yang datang, aku mohon utk tabahkan hati aku, aku mohon utk diberi kekuatan dan aku mohon biarlah dia seorang sahaja dihati smp akhir hayat.."

Monday, August 1, 2011

Aku Diam Bukan Bermaksud Kalah- Syukur

salam ramadan!!!
sowry lama giler tak hapdet blog
mak bz nyah!
hahahaha


well tak citer bnd yg da lepas
nk citer bnd yang skg
bak kater kawan aku "tak payah kenang benda yg lepas sbb tak guna, pk masa depan,pk benda yang akan datang"
wokeyhhh!
skg aku pk benda g akan datang plak



hidup aku
dunia aku
world!
tak nak citer psl bola lagi lahhh
aku suke suke suke
sbb harimau malaya bermain dengan penuh semangat okeyh!
so jgn kutuk bile kalah sbb yg menang tak selalunya menang okeyh!




satu kehidupan
satu nafas
selangkah aku pergi
sejauh mungkin aku akan pergi
dan sejauh mungkin aku takkan menoleh ke belakang



hidup aku
dunia aku
perasaan aku
jiwa aku
hati aku
hanya satu



" aku setia pada yang satu"

Thursday, June 23, 2011

Ringkas Ayatnya- Mata Terpejam, Menghayati Ayat


"macam mana kalau sakit orang nie tak boleh sembuh?" - dia


" cakap apa nie..tak nak lah cakap pasal bnd nie lagi" - aku


" sanggup ke terima orang lagi kalau orang skit? " - dia


" cinta bukan semata-mata pada luaran, tapi terletak pada haty " - aku


" sowry kalau orang ada sakitkan haty dia " - dia


" past is past..yang penting keadaan kita sekarang " - aku


" love u so much sayang " - dia


" love u damn much " - aku



sungguh aku takut untuk kehilangannya
sungguh aku takut untuk menghadapinya
sungguh aku takut aku berputus asa


aku bangkit melawan ketakutan
aku bangkit untuk mempertahankan dirinya
aku bangkit kerana



" kekuatan dia adalah kekuatan aku, kekuatan aku adalah kekuatan dia "




Tuesday, June 21, 2011

Kadang-Kadang Haty Terasa-Kebarangkalian Ketidakpuasan Haty Lebih Banyak Berbanding Berpuas Haty

kadang-kadang aku berfikir
apa tujuan aku didalam satu perhubungan
kadang-kadang aku berfikir
dimana letaknya nilai satu hubungan
kadang-kadang aku berfikir
perlu atau tidak untuk aku rasa kecewa




kadang-kadang aku berfikir
perlu atau tidak untuk aku rasa kesakitan di haty
kadang-kadang aku berfikir
perlu atau tidak untuk menjaga haty orang lain
kadang-kadang aku berfikir
perlu atau tidak untuk lebih pentingkan haty dan perasaan demi menjaga haty orang lain berbanding haty orang yang kita sayang




kadang-kadang aku berfikir
kenapa aku yang perlu menerima pembalasan yang aku rasakan haty aku semakin terluka
kadang-kadang aku berfikir
perlu atau tidak aku menerima alasan yang aku rasakan dier hanya mahu menutup kesalahan atau mungkin hanya alasan yang kosong, tiada tujuan..
kadang-kadang aku berfikir
perlu atau tidak aku membiarkan haty aku terus disakiti, terus-terusan..
kadang-kadang aku berfikir
adakah ini semua salah aku?
haty bagai kaca
retak
seribu retak





setiap persoalan yang muncul
pasti akan berbalik ke atas diri aku
ya..
mungkin benar aku melawan
tapi setiap kali berlaku benda yang sama
aku orang yang pertama akan disakiti
aku cuma senyum
tahan haty
tahan marah
pendam
tapi kenapa aku?





aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan, tapi kebarangkalian aku lebih banyak tidak berpuas haty..
haty aku tetap haty aku
yang pasti haty aku retak
seribu retak

Friday, June 3, 2011

Bulan Tidak Akan Marah Apabila Kau Senyum - Kau Tetap Dihati

salam korang
perghh lama gila kan tak update blog nie, mcm da bersawang blog nie teman rasa
okeyh okeyh malas da nak membebel
tak tau lah sejak 2 3 ari nie aku dok membebel jer memanjang kan!
tetttt..
apabila bulan mengambang kata ko..
hahahahaha




hurmm
tau tau r pasal pe bile aku dlm situasi mcm nie kdg2 aku rasa aii emo nampak cik kak!
ha tu diaa..
dengan org len aku tak emo tapi nie ha nie..parah siot!
chenta haty kata ko..
pehal ntah aku nak marah-marah dier kan
padahal benda kecik ley setel tak yah gaduh baling kuali pinggan mangkuk jamban sume kan, tapi aku rasa cm sensetap plak mak nyah!
haishh
tak tau lah nak cakap cmne..




cm dis week, padahal dier baru blik dr penang yang aku nie da emo sangat ngn dier..
punye lah terbaek aku naik saka malam tu, siap dpt pakej kemakian lak tu, haa tu yang teman nak dengar tu..
tak penah aku rasa cm nak marah dier malam tu tp ntah xtau lah pasal pe ntah aku rasa cm sakit haty, tak puas aty jer ngn dier kan..
bila aku marah bukan maksud aku nak bergaduh jer memanjang ngn dier..
tp ntah lah malam tu aku mcm giler nak marah org!
hahahaha..






" kadang-kadang kita rasa dia mcm tak sayangkn kita sepenuh haty dia..

kadang-kadang kita rasa dia ego utk jujur..

kadang-kadang kita rasa dia susah utk ungkapkan perkataan maaf..

tapi kadang-kadang kita lupa..

setiap apa yang dia lakukan kadang kala kita tak nampak yang dia bersungguh untuk membahagiakan diri kita..

setiap jam, minit, saat yang dia lalui adalah untuk membahagiakan kita..

setiap langkah dia berjalan adalah impian dia untuk kita hidup bersamanya.. "

Tuesday, May 17, 2011

Takut Untuk Meluahkan Apa Yang Terpendam- Kau Bakal Kehilangan Insan Yang Kau Sayang Selamanya

" kesungguhan haty serta perasaan untuk menyatakan apa yang tersirat sukar untuk diluahkan,


apabila sayang sudah dipaut tapi haty sukar untuk mentafsirkan, kau susah untuk meluahkan apa yang terpendam.. bila haty sudah berkata memang benar aku sayangkan kau jangan kau ambik mudah..


kesetiaan, menunggu kadangkala agak memeritkan..kepayahan untuk menunggu kadangkala kau lupa masih ada orang lain lagi yang menanti, keindahan tidak datang dengan senyuman kadangkala yang memeritkan itu lagi indah dari senyuman..


sekiranya kau gagal untuk meluahkan apa yang tersirat didalam haty kau, mungkin kau akan bakal kehilangannya selamanya.. "





" no matter what will happen..its my destiny " tyra athiera

Sunday, May 1, 2011

Hari Pekerja- Aku Bekerja Sebagai Pengapit, Abis lah

Hari nie Hari Pekerja

Tapi aku tetap bekerja sebagai " PENGAPIT "

HAHAHAHAHA...

1st time job aku nie weh, puas gak aku dok cakap tak nak tak nak

tapi yang ADO..kena jgk lah kan

best best best..mmg best

jadi pengapit untuk akak tempat keje aku, so ade lah gak pengalaman mcm mane biler aku nak bersanding nanti kan

wahhh..gitu, hari pekerja aku berangan " Mcm Mane Rupa Aku Bile Bersanding Nanti Eh.. "


ok..padamkn awan kt tepi kepala hot ko tu sume


Nak kena mintak gaji lebih nie..hahahaha


ok..da penat sangat nie, xtau nak update pe lg

dari sepang, patah balik semenyih..

ape-ape pn mmg suka sangat..best dan best serta best


utk kak syarfa SELAMAT PENGANTIN BARU


nanti aku kawen aku da sediakan tempat ko khas untuk basuh periuk belangan nanti..




bubye!

Friday, April 29, 2011

Malam- Rindu

asal malam nie aku teringat kat ko

aku rasa da nak sebulan ko berambus dlm hidup aku

asal eh..


aku nak lupakan ko tapi lagi aku nak lupakan ko terus aku teringat ko


napa eh..


aku pn nek heran jadah bile aku tak xley nak lupakan ko


sebab aku teringat masa ko ngn kengkawan ko, kite konvoi nek genting same2 kan..


hurmm..


okeyh


bangun sok aku mesti lupakan ko..





HARUS LAH..

Thursday, April 28, 2011

Kenapa Eh- Tolonglah Tetikus Nie Buat Aku Sakit!

haaippp!
harinie mcm malas nak update blog sbb TETIKUS nie bt magik ngn aku nie
bile aku nak ke bawah tu diaaa sampai ke mana-mana ntah bnd nie pegi!
sakit haty..
penat arinie
berjalan sakan
sakan pun xcamnie
camnie pun xcamtu
eh pe2 jerlah
aku penat



tau nak update ape
ape pn xtau nak bt pe
bt pe pn xtau ape
ehh
lantak ko lahh



besok besok jer lah citer
xpun tau depan jer eh..
hikhikhik




" hang pasai pa "

Sunday, April 17, 2011

Kau Nie Suka Ke Tak- Eh Keliru Lah Aku

selamat siang my sayang, my bucuk dan segala2 my lah kan!
okeyh permulaan arinie malas nak pk bnd yg menyakitkan haty, semak pale n ape2 jer lah..
happy sunday kan, rilex2 suda..bukan senang aku nk dpt cuti ahad nie ahahaha..
hurmm nak citer ker tak nak citer nie..
cerciter cerciter yop!



ha lahhh..
aku nak citer lah nie, aku de sorang best frn laki yang sangat sangat sangat penyabar, gila, ting tong n boleyh layan kepala ting tong aku nie..
kalau aku ngn dier borak konfem rasa mcm nak terkincit lah nyah rasanya..
okeyh aku kenal dier da lame since 2005 or 2006 i think lah..
macam mana aku kenal dier?
jeng jeng jeng!
hahahaha
dier nie dok jauh weh, kena berenang nak g tempat dier xpun sewa penyu tongkang penyu nanti smp lah tempat dier tu..
hahahah, tak yah pk bukan2 lah
orang malaysia okeyh!
pesal korang bajet org mane plak nie smp kne berenang bagai nie kan!




time 2 aku ingat g
kira dier de 3 org kawan, korang tak payah lah nak tau name kan..kira aku da kenal kwn dier sebelum aku kenal dier g, hurmm jeng2!
kih kih kih
ade lah personal ckit nyahh mak nak citer nie..
mula2 mesej yang dier anta kt aku, aku bajet sape plak nie kan tibe2 menyemak kt hp aku nie
aku mmg tak suka org tibe2 msj ckp nk kenal..eh pehal plak ko nie kan!
aku pny sedap dok maki hamun dier, dier pny lah baek nak ayat aku nie tak dapat2..
ayat dier yang aku tak boleh blah, yang aku akan menghanjing dier smp bile2..



" yerlah saya tau saya nie tak hensem..kaki pn sebeleah jer.."



hahahahahaha..giler dowh ayat dier!
aku pn pelik lah kan, aku cakap kang betul2 kaki awak tak de baru tau..
haaa.. tau kau takut kan!
penah lah dulu time 2 aku belaja g, dier ade call aku..
time 2 aku pny giler xcited nak citer hot story aku nie, skali aku ckap ade da kapel ngn sekian sekian sekian..
punah harapan mamat nie..hahahaha!
sedey kononnya, da lah kapel aku tu mmg dier kenal..auwww!




da lama ckit baru dier cakap, time tu sbnrnye nak declare ngn aku, yang aku plak tak menyabor nak citer kan!
urmm..
macam tulah kiterorg, time aku single dier de kapel
tima dier single aku lagi lah berkapel kapel kapel..
hahahahahahahaha
bukan tak penah nak cuba nak kapel, penah
ntah aku rasa mcm pelik jer
pelik ah aku ngn dier ckp aku ko jer
7 taun weh we all kawan..




sayang tu mmg ade
tp aku cam keliru lah sayang yang mcm mane
dulu mmg sayang
sejak dier kantoi ngn aku dier der gf..
time tu trus aku cm down giler!
serius nokk..
so skg better sbg sahabat aku yang paling memahami aku
kadang2 dier kater kecewa sbb aku de kapel with someone..



bagi aku bnd nie kehidupan
selagi kita bernyawa
selagi tu kita akan ada perasaan
perasaan sayang
buat hang




" aku sayang hang lah weh! tau lah hang jarang nak luahkan tp bile hang kater hang sayang aku yer aku tau hang tak tipu kan! "

Saturday, April 16, 2011

Sayang Lama Tak Balik Ke Teratak Bonda- Ramai Benor Sayang Eh

holaaa
lame bebenor yer aku tak update blog eh?
saje jer nak bagi ko tunggu2 kan..alah rilex lah kan, bukan fames mane pun blog aku nie kan..
cewahh majuk plak bunyi dier yer
arinie balik semenyih, da lama tak balik sana sampai aku rasa cam eh betul ker jalan yang aku jalan nie, eh mane jalan nie, eh itu eh nie..
nampak benor aku lama tak balik kan?
okeyh okeyh okeyh
da cuti balik jer lah yer..




aritu aku kuar ngn bestfren aku nie, g lah merewang ke wangsa walk, pny semangat nie, aku ty mmbe aku, nek nak tgk wayang ke pe nie ke nak karok?
semangat..
tgk wayang ke karok aku tak kesah
niat di haty KAN nak tgk wayang, tp ble tgk citer alahaiiii sedih lah citer untuk ari tu!
okeyh kita karok set!!
semangat nek nie nanyi, layan kan jer nek!
karok sampai aku rasa nak trcabut usus perut aku nie, tak puas satu jam bantai dua jam, fuyooo kalah artis nok!




abes melalak 2 jam sampai aku rasa nak terkincit sume, kiterorg kuar then aku rasa cam nk kuarkan duit g lah kat mesin atm nie kan
semangat..
masukkn kad, tekan amount bape, pnyelah lama nak tunggu duit skali kad kuar siap tulis
" TERIMA KASIH "
ehhh..
duit mak mana nok??!
cuak aku, duit aku xde, yang ade kad sahaja yer..aku g kan atm sebelah cek baki..
sahh mm sahhh!!
duit aku lesap oleh duit atm tu yang sgt lah aku rasa cm nk korek2 jer mesin tu KAN




aku call no call center tu, da lah terhegeh2 nak jawab, da tu siap blh ty " cik da cek ke btl ke duit cek xkuar?"
ehhh..pandainye soklan ko tu kan, almaklumlah haty tgh mendidih..mau jer aku maki, rilex r der kan!
aku jwb " iyerrr sayang.."
jawapan yang dier bagi
" kita akan bt report,amek masa utk 7-14 working days "

WHATTT!!


ehhh..tak pe, setaun pn xpe yer cik!!
saya suka sangat sangat sangattt..




best kan citer aku nie
haa ko xyah nak bt2 sedey plak, smp skg tak credit blik pn duit aku..
tak2 pe nanti aku ngorat anak tokeyh bank tu..hahahha
okeyh lah out lu..
nanti aku update blog lg, banyak nie nak citer..krismas pn tak xabes pn kalau aku citer skg..
bubye sayang!

Wednesday, March 2, 2011

Kepala Berdenyut- Saya Akan Terus Bersabar, Lahanat lah

aku tujukan khas bt kau
aku hasilkan khas bt kau
dan
aku ucapkan terima kasih khas untuk kau



aku diam
kau memekak
aku senyap
kau macam celaka
aku bercakap
kau macam lahanat yang suka bercakap besar



siapa apa bagaimana kenapa mengapa tentang diri kau
aku tak nak amek pusing langsung
diri aku semuanya tentang aku
kau takda hak untuk berkata-kata
seronok yer lihat perangai kau begitu?
hebat bukan
kau memang hebat




kehebatan kau mengalahkan merong mahanwangsa
kehebatan kau mengalahkan sultan melaka
kehebatan kau mengalahkan orang-orang kebesaran
sungguh
aku tak sangka begitu perangai kau kan?
sebab tu aku katakan kau
HEBAT



apa pun aku ucapkan terima kasih
kerana kau telah berjaya buat aku bencikan diri kau
TERIMA KASIH





aku pandang
aku dongak
teruskan berjalan

Wednesday, February 23, 2011

Aku Mahu Menangis-Serabot

balik keje terus tido..
penat dowh skg nie, tak tau nape. asal balik keje jer tido kang malam membe ajak jumpa lepak lah kt mapley smp pagi padahal tak sedar diri g tu pagi tu keje..haishhh
tak tau lah skg penat otak nak berfikir lah, keje gunakan otak, nak pk pasal aty pn kena guna pasal otak, ader ker orang fikir guna tapak kaki tak de kan?



so skg aku suka abiskan masa dengan membzkan diri aku nie, aku abis keje smp umah tido..malas nak fikir benda len plak, serabot otak aku kalau aku fikir lagi..
bile time-time putus cintan mmg jiwa kacau, kt ofis aku cm org gila dok gelak sana gelak sini tapi bile balik umah haa mula lah nak dok ingat kenangan zaman silam nie!
nie yang tak suka nie..bila masuk bab2 jiwang karat besi karat nie aku memang failed giler dowh..tak tau lah nak cakap mcm mane




bak kater akak kt tmp keje, malam2 sebelum tido doa mintak tuhan bagi aku jodoh yang sesuai, jodoh yang terbaek urmmm..agaknye aku pny jodoh nie spesel ckit kot sbb tu ssh ckit nak jumpa..hahaha tak gitu cik kiah!
i loike..
kenapa eh
arinie ari serabot, pale serabot sume2nyelah serabot!
agaknye aku balik keje tadi aku tak basuh kaki aku trus tido kot..agaknye lah kan
ngah syok2 tido nie tbe2 aku mimpi dier..
eh pesal plak nie!
aku igt lagi muka dier mmg aku ingat
tapi yang tak best nye tbe2 hp aku berbunyi..alahhh nyemak jer lah, terkejut aku nok!
aku bangun tengok de msj, adess membe aku nie time2 mcm nie nk mesej aku..




dengan muka yang agak2 bingai, bengong sume
trus aku msj dier
antara nak antar atau tak nak antar
pastu aku pk balik eh btl ke no dier nie, btl kot..
no da buang abes tp aku cam ingat2 lupa kot!
alah antar jerlah..


MESSAGE SENT



tapi jawapan diam jer
okeyh lah tu saya suka okeyh
semalam lahanat aku tipu dier, aku cakap aku da der bf..giler cepat dpt pengganti
bajet bila aku ckp cmtu ley lupekan dier..rupe2nye aku tak ley lupakn dier!
adehh..
aku rasa mcm da nak pecah kepala da nie, asal eh?
kadang2 tu aku ingat g time dier masuk keje kul 7 ke, kul 3 ker..
agak2 dier kje pagi kul 6 pagi tu dier msj aku cakap nk g keje da, tlg kejutkan aku ker kan time tu kalau aku pn keje pagi..
kang agak2 kul 6 lebih tu dier msj r da smp..
eeiii nape ngn aku nie!




parah da nie weh
aku kena buat yoga lupakan orang nie
kadang2 tu aku admit salah aku, tapi kalau bukan salah aku tak kan aku cm orang bangang nak ngaku padahal aku tak buat kan!
kadang2 tu dier jugak kna admit salah dier gak, tak sumenye benda yang kita bt nie betulkan?
dier cakap aku tak nak tolong dier sume..
aku diam kan aje, tuhan jer lah yang tau wehh rasa nak g jerit kat muka dier tu..
tak pelah aku diam kan jer..
diam bukan bermakna aku salah
diam bukan bermakna kalah




kalau dia da ader pengganti aku doakan yang terbaek untuk diri dier sume
its okay untuk diri aku
bukan ke kita kena doakan yang terbaik untuk seseorang
tak pelah
walaupun haty aku still lagi ade dia, mimpi tetap mimpi
aku still akan terus berjalan selagi aku mampu





air mata turun laju macam hujan
terima kasih chenta


Monday, February 21, 2011

Tak Mungkin Aku Berkata- Penat

malas
penat
malas
letih



penat dengan semua nie
malas dengan semua nie
letih dengan semua apa yang berlaku
malas malas malas malas




bagi aku semua tu da tak berguna lagi
bagi aku semua tu da tak bermakna lagi
bagi aku semua tu da bosan aku nak hadapi lagi
bagi aku semua tu da penat aku berdepan lagi



aku boley lagi tersenyum
aku boley lagi ketawa
aku boley lagi berlari
aku boley lagi melangkah
okeyh aku masih lagi stabil



doakan yang terbaek dalam hidup dia
doakan yang dier mungkin akan jumpa yang terbaek
hanya doakan saja yang aku mampu




-tido tapi tak tau ini realiti atau mimpi-

Thursday, February 17, 2011

Pendamkan Marah-Bukan Aku Kalau Kau Menipu

haiipp
hari nie aku menaip dengan perasaan macam nak bakar orang
satu lagi maaf kalau penulisan aku kali nie agak kuang ajar, yup memang aku sedang mengajar orang yang kurang ajar, tolong jangan berak merata-rata..taik da tak de tapi bau aku boley cium, kalau da kencing tlg jangan merata-rata sbb kau takkan mengaku yang kau kencing bersepah!



jangan mulakan persengketaan yang ada perkataan maki depan muka kau, dan jangan mulakan persengketaan yang akan ada bahasa yang mungkin kau akan ingat sampai mati!
sangat bersabar bila kau sudah mula pandai menipu, dan sangat bersabar bila kau sudah mula pandai bermuka-muka..celaka!
jangan sampai aku sebutkan satu persatu segala apa penipuan yang kau sudah buat
ingat
segala permainan yang kau mulakan dulu, akan aku tamatkan
sama ada aku pemenang atau kau pemenang akan aku buktikan




penulisan aku kali nie agak terlebih emosi, maka akan terkeluar ayat yang tak mungkin kau suka, yang kau benci tapi aku tetap akan suka sampai bila-bila
kau memang celaka
kau memang lahanat
kau memang manusia yang suka bersembunyi di sebalik ketakutan
kau memang manusia yang suka bersembunyi di sebalik kencing kau yang bersepah
dan kau juga manusia yang suka bersembunyi di sebalik taik kau yang merata





hari nie kau menang
hari nie kau gembira
tapi ingat
esok aku akan pastikan kau sedih
esok aku akan pastikan kau sakit
dan
esok aku akan pastikan kebenaran tu terpampang depan muka kau




cakap banyak tak guna manusia celaka
kau yang mulakan permainan
dan kau juga yang akan tamatkan permainan
ingat
sekali kau memulakan aku akan ikuti kau sampai tamat
lahanat






-astaghfirulallahhalazim-

Wednesday, February 16, 2011

Sama Sahaja- Hanya Yang Indah Sementara

aku tetap senyum bila kau berkata begitu
aku tetap diam bila kau berkata begitu
aku tetap membisu kau berkata begitu
aku tetap aku bila kau berkata begitu



senyum bukan bermakna aku suka
diam bukan bermakna aku kalah
bisu bukan bermakna aku salah
hanya haty yang berkata-kata ketika ini



aku biarkan kau pergi bukan aku tidak suka
aku biarkan kau pergi bukan aku tidak sayang
aku biarkan kau pergi bukan aku tidak cinta
aku biarkan kau pergi kerana haty kau masih di sini



bila masa itu pasti
bila masa itu datang
bila masa itu menjanjikan
akan aku katakan yang aku cintakan kau




tetap senyum, tetap berjalan walaupun aku tetap berdiam diri

Monday, February 14, 2011

Maaf Sekiranya Kau Terasa- Khilaf

rasa macam nak menjerit
rasa macam nak terpekik terlolong
rasa macam nak itu
rasa macam nak ini
celaka



pertama serta bukan yang terakhir
maaf
bukan aku sengaja
maaf
bukan aku berpura-pura
maaf
bukan aku terpaksa



kalau kau terluka
kalau kau terasa
kalau kau merana
maaf
ini kekhilafan yang aku lakukan



memang tiga hati tidak boleh dicantumkan dengan tiga jiwa
memang tiga hati tidak boleh dicantumkan dengan tiga perasaan
memang benar aku cintakan dia
memang benar aku sayangkan dia
memang jujur aku katakan bukan niat aku bila semuanya berlaku



aku hanya manusia biasa
sama seperti kau
aku hanya manusia yang masih bernafas
sama seperti kau
aku katakan ini kekhilafan yang aku tak sengajakan
mainan hati serta jiwa
bukan paksaan



mungkin aku yang bersalah
mungkin kau yang bersalah
mungkin dia juga yang bersalah
aku katakan mungkin
mungkin yang tidak boleh menjadi pasti
kemungkinan



ini kesedaran aku
aku akui akan ada balasan yang mendatang
redha pasrah jujur terima seadanya
kerana
bila aku sudah mula melangkah kehadapan takkan aku berpaling lagi
cukup
ini kekhilafan aku




"hanya manusia yang sentiasa melakukan kesilapan tanpa sedar " princess

Thursday, February 10, 2011

Senyuman Itu Bukan Paksaan- Aku Suka

hari nie akan aku ingat
hari nie akan aku simpan
hari nie akan aku kunci dalam ingatan


aku katakan yang kau sayangkan aku
aku katakan yang kau rindukn aku
aku katakan yang kau chentakan aku
aku katakan yang aku mengaku semua itu aku rasa


senyum bukan paksaan
senyum bukan mainan
aku senyum itu bukan palsu
aku senyum itu bukan aku berpura-pura
aku senyum kerana aku suka



aku suka bukan sebab kau suka
aku senyum bukan sebab kau senyum
aku tetap aku
aku selamanya aku



agak2 kau kalau orang yang ade someone tapi dier tetap sukakn diri kita ape jawapan kau?

jawapan aku

" tepuk dada tanya selera lar der.."

Tuesday, February 8, 2011

Satu Rasa Tapi Tiga Jiwa Memiliki- Itu Biasa

kadang-kadang aku fikirkan dunia nie kejam
kadang-kadang aku fikirkan dunie nie tak adil
kadang-kadang aku fikirkan aku tak layak utk mempunyai satu perasaan
satu perasaan, satu haty tapi tiga jiwa yang memiliki



sukar utk digambarkan
sukar utk diluahkan
sukar utk aku terjemahkan
sukar utk aku luahkan



aku ade haty
kau ade haty
dia ade haty


aku ade rasa
kau ade rasa
dia ade rasa


jiwa aku masih ditempat pemulihan
haty aku masih ditempat yang kritikal
rasa aku masih berperisa tawar


hakikatnye haty aku sudah diikat
hakikatnye jiwa aku sudah terpulih
hakikatnye rasa aku sudah berperisa
hakikatnye aku rasa apa yang kau rasakan



aku mungkin didalam dunia aku sendiri
aku mungkin didalam perasaan aku sendiri
aku mungkin dalam keadaan bermimpi
aku mungkin dalam keadaan antara sedar atau mimpi



ini realiti
ini dunia yang masih berputar
ini hakikat yang aku patut terima


JIWA AKU SUDAH TERIKAT
HATY AKU SUDAH DIPULIH WALAUPUN BUKAN SEPENUHNYA
AKU TERIMA INILAH REALITI...




satu rasa tapi dikongsi oleh tiga jiwa
hanya yang terbaik akan memiliki rasa itu..

Sunday, February 6, 2011

Satu Malam- Bila Bulan Aku Tak Nampak

hanya duduk
hanya diam
hanya termangu keseorangan
hanya melihat


orang diam
aku diam
orang gelak
aku gelak
orang senyum
aku senyum


apa suda jadi nie
aku turut menurut
kau ketawa
aku lihat
kau menangis
aku senyap




aku duduk diam sepi tanpa suara
aku rindukan saat itu

Saturday, February 5, 2011

Kau Ade 10 Ribu- Kalau Takde Diam

salam!
cuti nie byk plak org kawen aku nengok
tak terkecuali sebelah umah family aku nie
anak dier kawen lar plak..
so dengan rasminya umah aku nie pn terjebak skali lah..
dok letak meja dj kt dpn umah aku nie




masing-masing sibuk
aku tengok mak aku jap masuk jap kuar
aku tengok bapak aku plak jap masuk jap g kang kuar bwk tangga
pelik plak aku nie
umah sape yg de kenduri kawen nie
umah sblah ker umah aku nie
haishhh




teringat aku borak ngn mak aku malam smlm
aku kuar pastu beli lah kepsi utk fmly aku
aku ngn mak aku dok makan lah kt dapur
bese lah borak anak beranak




aku : mak pe bnd org tengok de besi keluli dpn umah nie?


mak : oo sok dier de bt ayam golek


aku : oo..ade ayam golek ker..kambing panggang xde ker?


mak : xde..dier amek ayam jer, nt kt dpn umah nie dier nak pasang set dj sume


aku : eh..kater alim, ley karok gak eh? bpe sume pakej dier amek nie, khemah pn besar gak, siap
de ayam golek sakan sume nie..


mak : dier amek pakej kot..skali ngn dj


aku : mahal ke camtu?


mak : 10 ribu..ko ader 10 ribu pakej camtu jer?




hamboi !
mak aku dok sengih2 kt aku da nie
aku tak cakap banyak


ADE
10 HENGGET BOLEYH TAK MAK?




calon pn tak de g..sebok nak kawen! bak kater mak aku

"KAU KALAU TAKDE DUIT JANGAN CAKAP PASAL KAWEN"




iyerlah mak oiii








Friday, February 4, 2011

Kau Tahu Apa Aku fikir, Kau Tahu Apa Aku Rasa- Termenung

aku pandang
aku lihat
aku nampak
ehhh


1 missed call


macam kenal no nie
haty berdetak laju
otak memikirkan yang lain
fikiran tiba-tiba terhenti




tiba-tiba pandangan ke arah yang lepas
duduk
diam
hanya memandang
hanya membiarkan
hembusan nafas yang laju dikeluarkan ketika ini
otak tidak dapat berfikir ketika ini
hanya dapat melihat perkara yang lepas




kau senyum
kau ketawa
kau sedih
kau marah
semua aku nampak
semua aku lihat
jelas
semakin jelas



CUKUP!




biarkan hidup aku
biarkan haty aku
biarkan langkah aku
biarkan jiwa aku
biarkan



kuatkan semangat aku untuk terus melangkah




Nantilah Dulu-Aku Tak Rasa Ape Pun, Kebas

haippp
salam..lama suda xupdate blog nie
aku pn tak tau nk update pe bnd ntah
selamat taun baru cina
sesape yg bg buah limau 2 time kasih byk2 smp aku rasa nk tdo dlm toilet jer
haishh
taun depan bg ngn pasu skali tau!





cuti nie cari-cari cinta
hahaha bly tak cmtu
takdelah cuti blik umah family aku lar derr
relax2 ckit
ngadap laptop smp nek hangit laptop
tu sume aku akan bt..ko tggu jer r eh




skg bergerak secara solo
malas lah nk pk lg psl bnd2 merepek nie
membe aku cakap kt jgn jual mahal sgt
ble plak aku jaul mahal nie weh! aku ari2 bt mega sale, senyum smp kt kepala lutut
hamboi cik senah yer!
sorg lg dok dok tanye btl ke nie
btl ke nie btl ke hape
nie mmg btl2 nie bkn cobaan yer cik kiah




dlm erti kata cik semah, malas nk tadah otak dok pk bnd2 yg sakitkan haty nie
yang baek haty sgt bg haty tu nape kan, bek dok diam2 relax..dok ngorat2 ckit eh tu jgn
malas lah cik kiah
malas lah cik senah
malas lah cik semah

haty berperisa kebas skg nie
ko ade?
xde kan?
g men jauh2!






kaki tetap melangkah

mata tetap melihat

telinga tetap mendengar

haty tetap terkunci



Sunday, January 16, 2011

Giler Kau Nak Pegi Menjerit Mcm Nie-Gelak Sakan

haippp..
aku rasa da dekat 3 jam aku on9 nieh..aku bajet nk update blog tapi mata aku sakan tgk pic lawak bangang..
dalam haty okeyh2 5 minit g nak update blog
seminit da berlalu
sesaat pn da blah
tu diaa aku g bt aksi golek2 kt tilam aku nie..
hai lah badan..




tibe2 aku mcm nk tergelak bile igt benda nie..
agak sialan lah malam tu..
cerita yg bermula beginie..
kasi suspen sikit der!


perbualan telefon antara aku n along



aku : along mane lor?

along : bru blik umah nape cik..

aku : aku bajet nk g lepak umah ko lah..bosan r along! xtau nak bt pe nie

along : datang lah sini..

aku : der da blik ke blm klu blm aku amek dier kt tmp keje jer lah

along : ko try cl der dier da blik ke blm..

aku : okeyh along!




puas gak tekan2 no der dlm hp aku nie..
haram ssh nak jawab!
aku msj ckp kt der AKU ODW NAK AMEK KO KT TEMPAT KEJE



aku da agak da ble aku ngah drive msti der nie call aku blik
da lah tepon der cm gampang
penat aku jerit2 hellooo der wehh ko dgr tak..
last2 aku msj ko tggu kt tmp bese aku odw amek ko..




okie da amek der da smp kt umah dorg
aku cm bese lah..
bt cam umah sendiri
yg si mangkuk dua org nie dok merepek psl citer pe nie
mula2 aku ajak jom lah g karokk weh..
dorg bt bangang sebok ngn forum dorg..
ntah pe best sgt ntah forum dorang nie bukan rancak hu ha hu ha nie




gileer bosan aku tak tau nak bt pe..
haihh
aku bangun bajet nk majok nek atas lah kan..
last2 aku rasa pehal blakang aku nie berangin da 2 sejuk lak tu..
aku pelik lagi bertambah heran!
oiii nokkk suar makk koyakk nokkkkk..
tak nak besar r plak koyak kt blakang lak tu..



along ngn der pny setan gelak kan aku..
seronok mamt belia berdua 2 eh gelak kan aku!
aku sikit pny hangin mcm mane nk g karok nie ngn suar koyak
aku da terbayangkan ramai lah pujaan aty mntak belikan jarum ngn benang nk jahitkan suar aku nie..
tak pun sumeorg pndg aku nt mcm artis fofular jln kt red carpet!




aku tengok mamat 2 ekoq nie sakan gelak kan aku mcm org sakai
aku siap ugut tak nak g karok..
yang si der suh aku salin suar..
yang si along nie cukup pandai suh aku pakai suar warna ijau ngn oren pdahal baju aku warna kelabu!
aku da bajet cm bangla mane tah nie..
pastu tuka plak suar warna purple weh!
baju aku warna kelabu suar aku warna purple!



aku trun bawah tunjuk kt der
celaka
der gelak mcm org giler akal
sialan btl..
aku ngah serius nie dorg bantai gelak..
last2 aku tuka baju pakai bju warna putih suar pndek warna oren ngn kuning



aku pn buat muka selamber g karok..
bile da kuar org pandang aku smp xnpk bayang2
last2 br aku pasan yang rupa aku skg nie mcm


GADIS SIAM




-malam yang memang untuk disedekahkan gelak smp nak tercirit aku rasa, sgt syg pada lu ah brader-brader aku..*SAYANG KAMO*-


Saturday, January 15, 2011

Apabila Kimia Tidak Dapat Bercantum-Aku Mulakan Dengan Bismillah

agak-agak kalau aku cakap benda nie ko nk cakap aku nie cam kete semput tak?
nak ckp?
tak nak ckp?
eh skaty aku lah nak cakap ke tak nak
SELAMAT TAHUN BARU!!



okeyh aku tau da lame tak update blog
alasan bese..mak sgt bz nokkk!!
hurmm..
aku tetap disini
aku masih berdiri
dunia masih berputar
dan
aku tetap melangkah





taun baru mmg agak sadis lah citer aku nie..
sedey mak nk cter nie nokk..
tapi yang pasti otak aku nie tak dpt nak jalankan fungsinya dgn betul!
but da is past..
buka buku bru plak lah
awal tahun da dpt mcm2 dugaan..blm suku setengah sekilo taun lg nie..
suda2 lah tira stop merepek ko tu




alar sebenarnye xtau lah nak update pe kt blog nie
xde cter menarik tertarik pn..
oohh lupe aritu ofis aku de bt dinner
gempak beb..mlm fantasy nite
tp aku xder lah fantasy sgt..ntah ape aku nk brfantasy mlm tu
sepatutnye mlm tu de DANCE TILL DROP..
tp disebabkan aku ngn mmbe2 aku nie de plan len pas dinner so tak tunggu r sampai menari smp terbelahak nie




plan punye plan last2 tak jadi sbb membe aku g sorg de hal..
so aku ngn mmbe2 aku nie bajet nk sgt g karoke pdahal kaki da hentak2 lantai nk sehati berdansa nie..
last2 aku pn ajak mmbe aku nie karok sme2 kt maluri ..
karok pnye karok tak sedar jamp nk kul 1 lebih pdhal masing2 sok masuk keje kul 7 pagi nie..masing2 tak sedar diri g nie, yang mmbe aku g sorg bt muke rilex sbb sok tu dier cuti..
abes karok aku ajak mmbe aku lepak mapley minum sat tekak da kering sbb mnyumbangkan suara yang mmg da sumbang nie..



mmbe aku nie layan kepala giler mmbe aku sorg nie
ntah hape lawak bangang yg dier bt pn aku tak tau smp mmbe2 aku nie gelak nk terburai isi perut..
sedar tak sedar da nk kul 2 lebih..okeyh beta memutuskan tido umah mmbe aku nie kt cheras sng nk g kje sme2..
yg mmbe aku sorg cuti sok nie pn follow skali, aku da warning mahkluk2 dlm kete aku nie klu aku ngah drive jgn tido nt aku bt giler..
so masing2 terbelahakkn bijik mata sbb tak nak tdo




smp kt umah mmbe aku nie da kul 3 pagi, masing2 da penat letih pasnie mandi sume berlayar ntah mane2 ntah sampai..
aku da ckp kt mmbe aku nie sok pg bgn lmbt..
oraits bak kater mmbe aku..



JAM DA BUNYI..MEMBE AKU PUNYE SELAMBE OFF ALARM



skali aku celik mata tgk dier da bgn..
selambe jer ckp



TIRA DA KUL 6.45..



yang aku nie oo 6.45 yer..tido balik siap ley tarik selimut lagi nie..last2 aku pikir eh g 15 mnit kul 7 kan..
masing2 mcm org nk berlari pecut sume..
aku pn bawak kete mcm kt sepang..



SMP OFIS KUL 7.45




masuk sambil sengih serta buat muka cute masing2 utk hari tu..






selagi dunia ini beputar selagi itu kaki aku akan terus melangkah