CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 13, 2009

Juz 4 Fun OK!!

2:39pm aku tergelak sambil menaip..kihkih

haha ntah kenapa aku terasa cm kelakar sangat bila aku baca satu ruangan senyum kambing kat dalam satu majalah fames nih..huhu mcm btl pn ader gak, mcm sengal pun ader gak..

sebenarnye lawak nie ditujukan untuk orang yang da berkahwin dan khas untuk para suami diluar sana tu..nak tau ape yang aku tergelak sgt?? haha
jom kita baca nie..

Perbezaan antara isteri dan girlfriend pada pandangan suami

* Isteri macam TV, girlfriend mcm handphone. kat umah tengok TV, pergi ke luar bwk handphone.

* Tak ada duit, jual TV. ada duit beli handphone.

* kadang2 seronok tengok TV, tp selalunye banyak masa habis main handphone.

* TV percuma sepanjang hayat tapi handphone kalau tak bayar servis line, taliannya akan ditamatkan serta merta.

* TV saiznye besar, berat dan dah buruk, tapi handphone cute, ramping, dan banyak butang boleh picit dan boleh bawa kemana-mana bila2 masa saja.

* kos penyelenggaran Tv murah jer, lagipun jarang rosak, tapi handphone, mak aihhh mahalnya. selalu suka meragam pulak tu.

* Yang sadisnya, TV ada remote control, handphone tak ada.

* cuma satu aja kelebihan TV, xder virus. tapi handphone..sekali kena virus, habis!!

* jadi jangan pening kpala, pilihlah TV anda. kalau boleh yang plasma lah...

haha..amacam? so lihat diri sendiri dulu n baru nilai kan r eh..
huhu

" indah dipandangan tidak bermakna cantik didalam.."
" buruk diluaran tidak bermakna buruk didalam.."

ADAKAH ANDA BEGITU JUGA???

1:41PM jari jemariku pantas menaip..

aku da lame baca satu blog nie. ntah knp bla aku bca artikel dlm blog nie aku mcm tertarik untuk mendekati..penuh dengan isi, pengetahuan, padat dan memberi aku panduan untuk terus hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini..

sungguh..segala nasihat didalamnya penuh dengan pengertian sehingga aku sendiri berasa apakah aku pun begitu juga?? manusia yang dilahirkan di dunia ini hanya untuk kita beribadat kepadaNya, tetapi kdg2 sebagai manusia yang taksub mengejar erti kehidupan ini seakan alpa,lupa benda yang dikejar itu bukan menjadi milik selamanya. ada apa dengan wang ringgit sekiranya niat kearah yang lain dan ada ape dengan kemewahan hanya untuk dimegahkan??

didalam artikel ini aku tertarik dengan tabiat wanita dimana artikel ini boleh dirujuk untuk memilih isteri..bagi aku lar..aku wanita, aku tertarik dengan kata hukam'a..mmg terbukti setiap yang diperkatakan mmg ada bukti tapi sejauh manakah kebenaran tersebut aku tidak pasti..wallahualam

Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan iaitu:

pertama seperti tabiat babi

kedua seperti tabiat kera

ketiga seperti tabiat anjing

keempat seperti tabiat ular

kelima seperti tabiat baghal

keenam seperti tabiat kala

ketujuh seperti tabiat tikus

kelapan seperti tabiat unggas

kesembilan seperti tabiat serigala dan

kesepuluh seperti tabiat kambing.

1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amalyang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merahdan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminyadipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdiksuaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada hartapada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu tiada masuk syurga".

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.


(Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)

semoga aku tidak menjadi wanita sebegitu..inysaAllah..

aku menaip bukan ikut suka tetapi aku menaip ikut firasat ku..
aku menaip bukan ikut perasaan tetapi aku menaip untuk diri aku..
aku menaip bukan untuk memcari harta bukan untuk dimegahkan tetapi aku menaip hanya untuk luahan diriku sendiri..


wallahualam..

Friday, June 12, 2009

KAMI KAWAN BAIK..

1:25 PTG..aku menaip lagi

adakah kamu mempunyai kawan baik??
dan adakah kamu rasa kamu tidak pernah bergaduh??
yaa..kamu tidak pernah bergaduh sesama sendiri..
stopp!! itu satu penipuan..
kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada disisi kita ketika senang atau pun susah..
tetapi perlukah seseorang kawan baik itu perlu mencampuri hal peribadi seseorang rakannya?
seseorang itu perlu kata ya dan seseorang itu pula perlu katakan tidak..terpulang kepada hak individu masing-masing..

berbalik kepada persoalan yang tadi, perlukah kawan baik itu mencampuri urusan orang lain??
setiap orang ader hak untuk privasi diri sendiri,apabila terjadinya sesuatu hubungan itu dicampuri oleh orang lain maka perbalahan akan berlaku.. tetap akan berlaku satu pihak akan menunjukkan dia salah dan satu pihak yang lain menunjukkan dia yang bersalah!!

Banyak tidak menunjuk kepada benar, sedikit tidak membuktikan salah.
~ Abdul Aziz Ismail


yaa..mmg btl, kita tidak tau siapa yang salah akan tetapi kita perlukan kepastian, dengar cerita daripada kedua-dua belah pihak..dan bukan ikut main sedap mulut saja berkata!
kawan..tidak bermakna kita akan sentiasa ikut cakap mereka,kadang2 kawan akan menjadi lawan.." jangan bermain dengan api nanti kelak akan terbakar diri sendiri"

tidak salah kita berkawan dan tidak salah kita mempunyai kawan baik didalam hidup kita ini, akan tetapi didakam berkawan kita mempunyai batasan..batasan untuk mencampuri peribadi masing-masing..ya mmg btl pepatah " kalau salah tolong betulkan "
tetapi jangan dihina peribadi kawan masing-masing, huh manusia mmg terlampau cetek akal mereka tetapi penuh dengan pengertian .

Permata dan Debu

" Jika sebutir permata jatuh ke dalam lumpur ia masih bernilai.
Jika debu naik ke langit ia tetap tidak bernilai. "

~ Sa'adi as-Syiraz

" Empat Jenis Manusia
Terdapat empat jenis manusia. Ada manusia yang mengetahui dan tahu bahawa mereka
mengetahui. Tanyalah (belajar) pada mereka. Ada manusia yang mengetahui dan tidak tahu
bahawa mereka mengetahui. Mereka ini pelupa. Ingatkan mereka! Ada manusia yang tidak
mengetahui dan tahu bahawa mereka tidak mengetahui. Mereka perlukanpetunjuk. Ajarilah
mereka. Dan ada manusia yang tidak mengetahui dan tidak tahu pula bahawa mereka tidak
mengetahui. Mereka jahil. Hindarilah mereka!”


aku hanya insan yang lemah

FRIDAY: 12:04, keje ku hanya menaip..
percaya atau tidak kita didunia nie hanya lah insan yang lemah?
percaya atau tidak tiada yang hebat dari tuan punya dunia?
ya..aku tau hanya manusia yang berpikiran luas, berpikiran jelas tau akan kehebatan tuan punya dunia.

kau jangan jadi manusia yang berfikiran senteng!!
senteng dalam segala hal, senteng denga fikiran kau yang cetek..
manusia yang dirasakan hebat adalah suka melihatkan kehebatannya apabila bergaduh..
huh hebat sangatkah kau bila kau bergaduh ha? hebat sangatkah kau bila kau mencaci maki orang lain tanpa asal usul periksa kau??!!
kau belum lagi boleh dikategori kan hebat lagi..ingatlah wahai sekalian mahluk ciptaan TUHAN dunia hanyakah sementara sahaja..DUNIA NIE BUKAN KAU YANG PUNYA!!

aku dilahirkan bukan untuk berbalah dengan sesaper meskipun aku terasa bagaikan nak bagi satu tendangan yang hebat dimuka kau ketika itu tetapi aku sedar sebagai manusia yang mempunyai kelemahan, adakah aku patut berbuat begitu kepada orang yang sedemikian? orang yang berfikiran senteng!! huh..aku bukan jenis manusia yang ingin mengharapkan sesuatu yang dibalaskan dengan keegoaan manusia yang lain..tetapi aku hanya lah manusia biasa yang tunduk kepada ilahi..

jelas sekali amarah ku ini sekiranya tidak dapat dibendung mungkin akan menyebabkan satu badan kau hancur aku kerjakan! tetapi..manusia yang hidup dimuka bumi ini dilahirkan dengan satu sifat iaitu SABAR! ya..aku bersabar dengan keadaan ku begini..ya mmg betul kalau dijolok sarang terbuan maka berterbangan r tebuan tersebut mencari mangsanya tapi jangan dijolok sarang ular berbisa nahas akan memakan diri..

aku menaip bukan ikut suka tetapi aku menaip ikut firasat ku..
aku menaip bukan ikut perasaan tetapi aku menaip untuk diri aku..
aku menaip bukan untuk memcari harta bukan untuk dimegahkan tetapi aku menaip hanya untuk luahan diriku sendiri..

yang buruk itu datang dari diriku sendri dan yang baik itu datang dari ALLAH SWT..

wallahualam..