CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 12, 2009

KAMI KAWAN BAIK..

1:25 PTG..aku menaip lagi

adakah kamu mempunyai kawan baik??
dan adakah kamu rasa kamu tidak pernah bergaduh??
yaa..kamu tidak pernah bergaduh sesama sendiri..
stopp!! itu satu penipuan..
kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada disisi kita ketika senang atau pun susah..
tetapi perlukah seseorang kawan baik itu perlu mencampuri hal peribadi seseorang rakannya?
seseorang itu perlu kata ya dan seseorang itu pula perlu katakan tidak..terpulang kepada hak individu masing-masing..

berbalik kepada persoalan yang tadi, perlukah kawan baik itu mencampuri urusan orang lain??
setiap orang ader hak untuk privasi diri sendiri,apabila terjadinya sesuatu hubungan itu dicampuri oleh orang lain maka perbalahan akan berlaku.. tetap akan berlaku satu pihak akan menunjukkan dia salah dan satu pihak yang lain menunjukkan dia yang bersalah!!

Banyak tidak menunjuk kepada benar, sedikit tidak membuktikan salah.
~ Abdul Aziz Ismail


yaa..mmg btl, kita tidak tau siapa yang salah akan tetapi kita perlukan kepastian, dengar cerita daripada kedua-dua belah pihak..dan bukan ikut main sedap mulut saja berkata!
kawan..tidak bermakna kita akan sentiasa ikut cakap mereka,kadang2 kawan akan menjadi lawan.." jangan bermain dengan api nanti kelak akan terbakar diri sendiri"

tidak salah kita berkawan dan tidak salah kita mempunyai kawan baik didalam hidup kita ini, akan tetapi didakam berkawan kita mempunyai batasan..batasan untuk mencampuri peribadi masing-masing..ya mmg btl pepatah " kalau salah tolong betulkan "
tetapi jangan dihina peribadi kawan masing-masing, huh manusia mmg terlampau cetek akal mereka tetapi penuh dengan pengertian .

Permata dan Debu

" Jika sebutir permata jatuh ke dalam lumpur ia masih bernilai.
Jika debu naik ke langit ia tetap tidak bernilai. "

~ Sa'adi as-Syiraz

" Empat Jenis Manusia
Terdapat empat jenis manusia. Ada manusia yang mengetahui dan tahu bahawa mereka
mengetahui. Tanyalah (belajar) pada mereka. Ada manusia yang mengetahui dan tidak tahu
bahawa mereka mengetahui. Mereka ini pelupa. Ingatkan mereka! Ada manusia yang tidak
mengetahui dan tahu bahawa mereka tidak mengetahui. Mereka perlukanpetunjuk. Ajarilah
mereka. Dan ada manusia yang tidak mengetahui dan tidak tahu pula bahawa mereka tidak
mengetahui. Mereka jahil. Hindarilah mereka!”


No comments: