CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 13, 2009

ADAKAH ANDA BEGITU JUGA???

1:41PM jari jemariku pantas menaip..

aku da lame baca satu blog nie. ntah knp bla aku bca artikel dlm blog nie aku mcm tertarik untuk mendekati..penuh dengan isi, pengetahuan, padat dan memberi aku panduan untuk terus hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini..

sungguh..segala nasihat didalamnya penuh dengan pengertian sehingga aku sendiri berasa apakah aku pun begitu juga?? manusia yang dilahirkan di dunia ini hanya untuk kita beribadat kepadaNya, tetapi kdg2 sebagai manusia yang taksub mengejar erti kehidupan ini seakan alpa,lupa benda yang dikejar itu bukan menjadi milik selamanya. ada apa dengan wang ringgit sekiranya niat kearah yang lain dan ada ape dengan kemewahan hanya untuk dimegahkan??

didalam artikel ini aku tertarik dengan tabiat wanita dimana artikel ini boleh dirujuk untuk memilih isteri..bagi aku lar..aku wanita, aku tertarik dengan kata hukam'a..mmg terbukti setiap yang diperkatakan mmg ada bukti tapi sejauh manakah kebenaran tersebut aku tidak pasti..wallahualam

Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan iaitu:

pertama seperti tabiat babi

kedua seperti tabiat kera

ketiga seperti tabiat anjing

keempat seperti tabiat ular

kelima seperti tabiat baghal

keenam seperti tabiat kala

ketujuh seperti tabiat tikus

kelapan seperti tabiat unggas

kesembilan seperti tabiat serigala dan

kesepuluh seperti tabiat kambing.

1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amalyang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merahdan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminyadipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdiksuaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada hartapada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu tiada masuk syurga".

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.


(Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)

semoga aku tidak menjadi wanita sebegitu..inysaAllah..

aku menaip bukan ikut suka tetapi aku menaip ikut firasat ku..
aku menaip bukan ikut perasaan tetapi aku menaip untuk diri aku..
aku menaip bukan untuk memcari harta bukan untuk dimegahkan tetapi aku menaip hanya untuk luahan diriku sendiri..


wallahualam..

No comments: