CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 19, 2012

Aku Tak Perlu Ingat- Lupa

dulu kita pernah berjanji
yer berjanji
kau dan aku bersatu
kau ingat?
mungkin lupa
mungkin


mungkin kita berbeza
kau dan aku saling berbeza
yer saling berbeza
saat kau melangkah kaki pergi
saat itulah kau lupa
iya lupa pada janji



aku senyum saat itu
serius
aku rasa macam kering air mata
betul
aku tak bohong
permainan apa yang kau buat dengan aku nie?
tak apa
aku bergerak
perlahan
melupakan kau
jauh aku berjalan
sampai satu ketika aku lupa semuanya



berlalu sudah
episod ketika itu
sekarang kita punya kehidupan masing masing bukan
jangan kau tanya " kau masih marahkn aku ke "
aku senyum
" entah "
" aku da lupa "
" benda yang da lepas, aku tak nak ingat "



sungguh
kau punya bahagia kau
aku punya bahagia aku
benda yang da lepas aku mohon kau jangan kenang
tak ada guna
tak ada erti
serius
berhenti dari meminta maaf dari diri aku
aku takkan memebri jawapan
aku cuma mampu senyum
sebab
bagi aku benda yang sudah lepas tak perlu aku ingat
jiwa aku mati ketika itu

Sunday, September 16, 2012

Yang Ini Lari Tajuk- Okey Faham

okey yang ini memang lain dari yang lain
aku pun tak tau apehal aku tibe-tibe nak update pasal benda nie
ini untuk diri aku lar kan
orang lain aku tak tau pulak macam mana
okey okey tak nak merepek banyak
harinie cikgu athirah nak bagi tau apa yang cikgu suka dan tidak suka
okey jom! *ayat poyo mcm lar ade org nak baca belog ko nie



1. Aku suka tengok lelaki yang pakai jam, mestilar pakai kat tangan kan takkan kt kaki pulak  entah lar aku   pun tak tau kenapa


2. Aku suka tengok lelaki yang pakaiannya kemas, sempoi, rilex. senang citer tak terover sgt, bajet kpop ke apa kan hahaha *abislar abis kena band belog ko


3. Banyak orang cakap aku nie macam tak serius suka main main gelak huha sana huha sini
    kadang-kadang kawan aku pun tak tau yang aku nie serius ke tak. okeyh aku memang macam nie, orang akan nampak aku tak serius tp padahal aku memang serius cuma aku tak suka benda yang rumit. *ecehh


4. Aku tak suka lelaki yang terlampau over bila bercinta. Macam nak serius tahap dewa bila bercakap lepas tu yang paling aku tak suka bila lelaki cakap benda benda yang kau dengar rasa nak pijak jer lar dia nie. okeyh senang citer MENGGATAL. serius titik noktah

5. Jangan biarkan orang tahu yang kau nie lemah, xkira walau macam mana pun kau. Buktikan yang kau kuatwalaupun masa tu kau tengah menangis berbaldi-baldi kt umah. betul aku tak tipu, sentiasa tabah dan redha dengan apa yang berlaku.

6. Aku paling pantang kalau orang menipu. Tak kira lah menipu dengan cara yang macam mana sekali pun,memang aku hijack orang tu hidup nak nak kalau kau kena tipu bab laki. perghh kau rasa macam nak letupkan dia jer. ok fine berambus dalam hidup aku kalau aku dapat tau


7. Aku paling tak suka orang yang menyibuk. Dalam erti kata lain orang yang sibuk sibuk nak amik tau pasal hidup aku. serius aku tak suka.dan jangan sesekali kau nak buat buat tanya.


8. Aku paling susah nak luahkan masalah peribadi kt orang orang lain selain kawan baik aku saja yang aku suka luahkan masalah. Kadang kadang aku suka simpan sorang, senang tak susahkan orang lain


9. Okeyh bab yang nie macam malu sikit aku nak cerita, ish ish haha. Kalau aku bercinta cukup aku katakan yang aku tak suka kalau  bercinta setakat nak mainkn hati perasaan orang, kau setakat nak amik kesempatan ke, baik jangan sebab aku takut nanti kau yang kena balik, lebih teruk dari kau bt orang. Karma


10. Bukan senang aku nak bagi hati aku kt orang, once bila aku dah pernah rasa terduduk terlingkup tergolek aku rasa macam dah serik, serius. Tapi bila aku dah bersedia untuk menerima seseorang tolong jangan permainkan haty. Aku serius nie, curang, menggatal, penipu besar, cakap besar, serius aku tak suka. Menyampah.




Macam aku bagi tau awal awal, setiap manusia berbeza. Berbeza dari segi rasa, hati , perasaan, perwatakan.
Dah macam macam aku hadap, ada yang macam tu ada yang macam nie, benda yang dah lepas jadikan pengajaran, yang baik kita amik yang tak baik kau sepak jer jauh jauh.




**********************************************************************************

Hukum Karma bila kau aniaya orang, skg kau atas tak lama lagi jatuh lar kau nanti. Jangan salahkan hidup kau kenapa kau jadi macam tu tapi fikir balik apa yang kau dah penah buat dulu. Jangan pertikaikan hidup orang tapi pertikaikan kenapa hidup kau macam tu. Mesti ada sebab. Fikir.


-Maaf kalau terasa tersinggung menyinggung dan sebagainya, sebab dulu memang aku tak penah fikir apa pun tapi ada sebab kenapa aku jadi macam nie. Semua orang nak berubah ke arah yang lebih baik, macam tu jugak aku. Doakan aku untuk menjadi yang lebih baik, InsyaAllah-


"yang baik itu dari Allah SWT dan yang kurang baik itu dari diri aku..Wallahhualam.."

-Barakallahhu-

Saturday, September 15, 2012

Kali Nie Biar Aku Yang Simpan, Kunci Aku Buang Jauh-Jauh

ingat aku simpan
aku ambik semua sekali
bukan satu dua tiga atau sampai sepuluh mahupun berjuta
tapi semua sekali


bukan sikit
tapi semua sekali
ingat semua sekali
aku simpan
aku letak jauh-jauh
kalau boleh jauh dalam 
aku simpan 
aku kunci
rapat-rapat
biar tak boleh cari
biar tak jumpa


jangan tanya mana kunci
jangan tanya macam mana nak buka
jangan tanya kenapa
dan
jangan tanya mengapa
sebab kunci aku dah campak
aku campak kt tempat yang aku sendiri takkan jumpa
dekat tempat yang aku paling susah nak cari
 

kali nie biar aku sendiri yang kunci
biar aku sendiri yang tanggung
sebab aku dah malas
penat
payah
serabut
aku serius
bukan main-main kali nie
serius




" kalau kau ok, dia ok jangan fikir negetif. Sebab benda yang kau cakap nie bukan masalah besar pun, kecik sekecik-keciknya. Kalau kau dan dia bersabar benda tak jadi masalah sebab bukan kau yang salam Tok Kadi nanti dia yang akan salam.."- abg totoq





 

Friday, September 14, 2012

Bila Jujur itu Perlu, Bila Setia Harus-Hanya Kali nie

orang kata cinta jarak jauh nie susah, payah
orang kata cinta jarak jauh nie macam angin lalu, terbang bebas
orang kata kalau cinta berdasarkan umur rupa nie macam tak kekal lama
eh yeke?

itu orang kata
tapi Tuhan tak kata apa-apa pun
orang kata cinta tanpa kepercayaan tu macam sampah
boleh buang merata-rata
tapi boleh ke samakan cinta dengan sampah?

dan
orang kata lagi kalau cinta tanpa kesetian ibarat pokok yang tunggu masa nak tumbang
eh yeke
tapi aku tak kata apa-apa pun
aku diam
aku senyap
tapi aku fikir


sampai bila orang nak ibaratkan macam tu
sampai bila orang nak kata macam tu
kalau aku cinta 
aku cinta setengah mati
betul tak tipu
serius aku tak tipu


kalau aku cinta
aku setia sepenuh alam
aku tak bohong
orang nampak aku macam nie
ramai kawan
orang kata aku terlalu ramai kawan
lelaki pulak tu
tapi orang tau ke hati aku dekat siapa
tak tau kan



aku masih waras lagi nak bezakan kawan dan kekasih
dan
aku masih waras lagi untuk setia dan jujur pada pasangan aku
sumpah
aku kalau cinta
cinta setengah mati
aku tak kira ape orang nak kata
hati aku
perasaan aku
memang aku cintakan dia



kalau orang kata kau setia ke?
setia boleh ukur ke?
setia boleh nampak ke?
kalau orang kata kau jujur ke?
jujur boleh cakap ke?
jujur boleh tengok ke?
jawapan aku hanya satu
biar yang Esa menilai
hanya Dia yang tahu segalanya..

Sunday, September 2, 2012

Aku Tak Tau Apa Itu Rasa

salam merdeka raya
eh?
masih lagi kan?
okeh lama juga aku tak update belog nie kan?
macam mana raya?
macam mana merdeka?
aku?
semuanya okeh
disamping ibu bapa
keluarga yang aku sayang kamu
eh macam tajuk lagu kan?

merdeka pegi mana?
aku?
duduk rumah
kemas rumah
tido
best kan?


ramai yang tanya
takde boypren ke?
boypren 2 ape eh
konon..
pura-pura tak tau kan
entah 
iye aku jawap entah
ingat cinta nie macam makan gula-gula kapas
manis sentiasa?
sweet 17 sentiasa?
itu anggapan aku lar kan


orang tanye kenapa tak nak cari ke?
aku jawap
entah
iye aku jawap entah jugak
kenapa?
cinta yang dicari mudah pergi
biarkan cinta itu datang sendiri


kau tau apa itu rasa?
rasa bila bercinta?
rasa bila bahagia?
aku jawap
entah..entah lar
aku da lupa macam mana rasa tu semuanya
nanti kalau aku boleh rasa aku bagitau kau, boleh macam tu?


aku ada sorang kawan baik
eh bukan
sahabat baik
eh bukan 
kawan yang lebih dari sahabat
eh apa apa jer lah
lama da kita kawan
betul
lama..
bukan aku tak nak jumpa dia
tapi
entah lar
aku sendiri tak tau apa sebenar jawapan aku



dia memang baik
perangai dia dari dulu sampai skg tak pernah berubah
kelakar
lawak
sweet
kadang kadang bnd tak lawak pun jadi lawak
serius
mungkin cara dia kot
kadang kadang aku macam cemburu bila dia ckp psl perempuan lain
aku?
aku buat ilex2 jer -> tipu okey aku tipu
kadang kadang aku macam konfuse dgn perasaan aku
entah lar entah


aku mungkin tak nak hilang dia
betul
aku tak tipu
aku susah nak luahkan
entah lar
aku rasa aku perlu biarkan dia pergi
mungkin
tapi aku sayang dia
entah lar
entah..