CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 29, 2010

Sudahlah..Jangan Kau Bilangkan Perkataan Itu Kepada Aku Lagi..Sungguh Aku Jengkel Dgn Dirimu

Malam yg agak emosional..
tiada angin..
tiada bulan yg menemankan aku
hanya sunyi yang menjelma
bila kau katakan perkataan itu acap kali aku terbayangkan wajah kau..
mungkin aku agak jengkel dgn kata-kata kau..



kau katakan yang perhubungan perlu ada sifat saling mempercayai
tapi kau dustakan kata-kata kau..
kau katakan dlm perhubungan perlu ada bertolak ansur
tapi kau memulakan persengketaan ke diri aku..
kau katakan dlm perhubungan perlu ada sifat jujur
tapi kau mengkhianati diri aku..
sekali lagi..kau mulakan



kau katakan aku tidak ada sifat kelembutan dlm diri aku..
kau katakan aku kasar dlm segala hal..
kau katakan aku angkuh dlm segala percaturan yang kau mulakan..
sungguh..aku hanya sabar
sabar itu wajib ada dlm diri aku..
memang kau buta hati untuk menilai..




kau katakan kau jujur dlm perhubungan..
tp kau mendustai aku..
kau lupa apa yang telah kau katakan pada aku sewaktu dahulu..
sesaat tidak pernah aku mengungkit tentang diri kau..
aku tidak perlu menilai org dr luaran..cukup dengan kata-kata hati aku berbisik..
bila mana wanita merasakan diri di tipu..hati akan berbicara
Maha Esa lebih mengetahui apa yg tersirat dan apa yg tersurat..
itu hukum karma




wanita di ciptakan dengan kelebihan..
kelebihan bila mana dia boley merasakan diri dia dikhianati..
hati mula berdetik..
bila wanita mula mengeluarkan perkataan yang agak biadap, dia perlu mempertahankan diri dia..
mempertahankan diri dari terus dikhianati..
bila wanita yang kau anggap kasar ini tidak pernah sekali terdetik untuk mengkhianati diri kau..
dalam kekasaran ada kelembutan yang agak sukar untuk ditonjolkan..
kekasaran bila dia dikasari..




bila wanita mula melawan kata-kata..
hanya wanita yang tau mengapa dia berbuat demikian..
melawan untuk menegakkan kebenaran..
mungkin wanita ini suatu ketika dahulu pernah menyakiti hati kau tapi tidak pernah sama sekali menilai kau dari luaran..
mungkin fikiran yang senteng tapi penuh dengan keikhlasan..
mungkin agak kasar dari luaran tapi tahu membezakan yang benar dan salah..
mungkin agak biadap tapi tidak pernah mengkhianati perasaan kau..



KEPADA KAU..
Tuhan Maha Adil..
Tuhan Maha Mengetahui..
andai suatu hari nanti kebenaran akan muncul..
biar DIA saja yang mengadili..
biar DIA saja yang menghukum..




TERIMA KASIH
kerana kau pernah hadir dalam hidup aku..
mengenali kau cukup mengajar aku mengenal mana satu kaca mana satu permata..
cukup dua kali aku hadir dlm diri kau..
selebihnya aku berserah kepadaNYA..
hanya DIA yang dpt membalasnya..




aku akan terus berdiri walaupun aku disakiti..
aku akan terus melangkah sejauh yang mungkin..
andai kata suatu hari nanti kau akan hadir dalam hidup aku..
cukup aku katakan..
HATI AKU BUKAN UNTUK INSAN SEPERTI KAU..





~biarkan masa yang tentukan..aku redha dengan segala ketentuan yg diberikan olehNYa~

No comments: