CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 14, 2012

Tentang Rasa- Kau Dan Aku

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu



Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya



Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa



Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya



Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya




" bukan mudah untuk hati berbicara, tapi mungkin mudah untuk lidah berkata-kata.."

Saturday, January 7, 2012

Aku Hawa Dan Kau Pula Adam







" petikan artikel dalam page " Dunia Macam-Macam"




HAWA dijadikan ketika ADAM a.s tidur..

Pernakah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur?

JAWAPANNYA seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. "




Tahun Baru, Azam Baru, Semuanya Baru..
Bak pelajar yang baru memasuki alam persekolan
atmosfera yang berbeza, pergaulan yang berbeza dan pakaian yang berbeza
tapi itu pelajar
yang aku mahu maksudkan adalah diri aku, dunia aku, jiwa aku semua serba baru..
itu aku maksudkan baru bagi aku yang memandai membuat erti sendiri.


Aku tak nafikan, tahun 2011..
semua perasaan aku rasakan
suka, gembira, marah, benci, ketawa, tawar, kelat, menyampah
serba satu
ibarat orang mahu masuk meminang " hantaran serba satu "
tapi aku tak mahu kenang masa silam
bagi aku masa silam tak perlu di tanya, tak perlu di ungkapan lagi
noktah tiada tanda koma


Aku sekarang berada di tahun 2012
ya tahun yang makin lama di anggap zaman paling moden, canggih mungkin
suka kan?
kitaran hidup aku makin lama semakin ditukar
kitaran hidup aku makin lama aku fikirkan harus untuk berubah
aku perlukan masa
berikan aku ruang untuk berubah
ya aku perlukan masa


aku bahagia dengan kehidupan yang aku lalui ketika ini
aku punya keluarga yang amat memahami
aku punya teman istimewa yang sangat membahagiakan aku
aku punya teman yang kadang-kadang aku anggap macam gila, meroyan
gila kan sumua teman aku?


aku buka tahun 2012 aku dengan kenangan
kenapa kenangan?
hanya aku sahaja yang tahu
biar aku simpan
yang selebihnya aku berserah kepada DIA yang lebih mengetahui
maha penyayang
maha pengampun


aku harapkan doa ku di makbulkan
aku harapkan mimpi menjadi realiti
sekiranya tertulis dia adalah jodoh ku di Lauhul Mahfudz ku
syukur aku panjangkan ke Ilahi

Saturday, November 5, 2011

Suka Bila Gembira, Geram Bila Marah- Hanya Insan Biasa

Salam Aidiladha

lama tak hapdate belog kan? saja suka-suki sakai malas nak hapted..tak tau nak hapdate pe, semua benda rasa nak hapdate kan kan kan?

so esok raya haji but aku keje! yeahh..aku yang tak nak cuti bajet nk jadi pekerja ala ala yang tak bape cemerlang lah kan! pheww..long journey, ohh lupa lak nak gtau thanx sape2 yang wish my bufday! thank u so so so much! sorry kalau tak sempat nak reply korang pny komen okeyh!

bulan oktober ohh so many memories..serius! my bufday, a lovely suprise from my hubby, pegi genting dgn my hubby, tgk wayang..wow seriously i love October! u know what..dalam satu perhubungan mesti ada pasang surut, aku tak cakap yang aku atau dier perfect but sometimes we all mcm yang lain jgk!


bak kata membe baik aku " dalam hubungan nie mcm suami isteri gak, ada pasang surut..sabar jer lah kalau dia api, kau jadi angin..kau mengalah jer walaupun kau rasa kau betul, kau tak salah..laki nie kalau kita cakap salah tak cakap pn salah gak, so kau diam jer tapi kalau kau rasa mcm nak keras jgk terpulang kat kau..hubungan nie sorang kena jadi air sorang kena jadi api..yang penting kau sabar "

ha dapat kawan macam nie okeyh lar kan, nak membantu cuba kalau dpt kawan yg cam haremmm..lu pk lah sendiri, kdg2 rasa mcm nak bagi tapak kaki jer kan! keh keh keh

kadang=kadang kita tak ley nak ego sfgt..tak ke mana pun kalau nak ego bagai nie..
tapi kadang gaduh besar pun ada baikk punyer yang banyak pendam time tu lar nk meletop kan! yang suka sangat nak cakap banyak time tu lah nak diam. tapi pandai2 korang lah nak handle cmne kan..ada masalah cakap, jangan nak buat keputusan melulu..


kesimpulannya, dalam perhubungan gaduh suka gembira sedih itu satu kehidupan,
realiti tu tetap realiti,
yang angan-angan tu kadang2 boleh jadi realiti,
ikut korang macam mana nak jadikan benda tu realiti okeyh..



okey tak nak melalut apa lagi,
kehidupan nie realiti,
realiti tetap realiti,
mimpi tetap mimpi,
siapa tahu mimpi boley jadi realiti..



i love u so much my hubby!

Saturday, September 3, 2011

Mencintai Aku Dengan Seadanya- Bukan Kisah Dongeng

ini bukan kisah dongeng
ini bukan kisah angan-angan
ini kisah aku
ini kisah realiti
realiti
benar
bukan palsu




kalau dulu aku selalu tengok pasangan lain
kalau dulu aku selalu harapkan aku berada dalam diri mereka
kalau dulu aku selalu harapkan aku bahagia
memiliki pasangan yang aku impikan boleh bahagiakan diri aku
kalau dulu aku selalu aku katakan
kenapa dunia percintaan ini tidak adil
kenapa aku selalu ditimpa dugaan yang bertimpa-timpa




jatuh
bangun
sakit
kecewa
itu semua pernah aku lalui
bangun sendiri
tanpa bantuan orang lain
dulu aku katakan dunia ini tidak adil bagi aku
kenapa?
sebab aku selalu mengharapkan bahagia tapi hanya dugaan yang datang tanpa dipinta




itu cerita dulu
dulu tak sama dengan sekarang
masa berubah
keadaan berubah
pantai pun berubah
kehidupan berubah




sekarang baru aku faham
sekarang baru aku mengerti
kenapa?
ya
kenapa tuhan bagi aku dugaan yang berat dekat aku
sebab Dia mahu aku lebih kenal erti kehidupan
mahu aku kenal apa itu derita sebelum bahagia
aku senyum




alhamdulillah
Dia kurniakan aku bahagia yang aku tidak mampu untuk aku kata apa-apa
bahagia yang datang
bahagia yang selama ini aku cari
senyum
sekarang aku mampu untuk rasa bahagia sama macam pasangan lain
syukur
dia hadir ketika aku memerlukan seseorang untuk menerima aku seadanya
alhamdulillah




jujur
bahagia
ikhlas
aku harap ia berpanjangan
insyaAllah
aku doakan mahu yang baik-baik sahaja
aku doakan agar tuhan makbulkan doa aku






-mencintai aku dengan seadanya, mencintai aku bukan kerana rupa, walau waktu sedu, walau waktu hiba- ini bukan kisah dongeng-

Monday, August 29, 2011

Perlu Aku Katakan- Aku Bersyukur

malam ini malam kemenangan bagi umat islam
malam in wajah dihiasai dengan senyuman
di kampung
di bandar
mahu pun jauh seberang sana
semua bergembira



ya selamat hari raya di ucapkan
moga selamat semuanya
maaf dipinta sekiranya ade ke khilafan dari diri ini
aku bukan manusia yang sempurna
jauh sekali mengejar kesempurnaan




raya kali ini
memang aku patut bersyukur
di kurniakan kesihatan yang baik
di kurniakan keluarga yang bahagia
dan aku bersyukur
tuhan telah memakbulkan doa aku selama ini
di berikan aku kebahagiaan yang selama nie susah dicari
mungkin sukar untuk aku perolehi




aku mintak yang baik baik saja
aku mintak agar berkekalan hingga ke akhir hayat
sungguh
dia sangat bersabar dengan kerenah aku
sungguh
dia seorang yang sangat memahami
sungguh
susah untuk aku luahkan




aku mahukan dia cintakan aku
kerana
Allah SWT
aku mahu dia sayang diri aku
kerana
ini adalah aku



aku patut mengucapkan syukur kerana aku lebih bahagia raya kali ini..ALHAMDULILLAH

Friday, August 26, 2011

Satu Hari Senyum- Ini Memang Gila

haaiipp!
nak raya dah kan..yeayy!
sapa yang nak balik kampung, drive elok-elok okeyh..
okeyh arinie nak update blog tak nak guna bahasa skema sangat
sebab de lah org tu kater tak paham lah kan!
arinie guna bahasa yang baek punya..





nak citer sikit lah..
eh malu lah plak kan!
poyo lah lu nie nak malu-malu
hahahaha..
ade lah arit kuar dgn inchik chenta, bajer g dinner pas buka pose kan..
ntah xtau nape aku nak makan nandos, so ckp kt inchik chenta nak g makan kt sg wang
so jumpa lah kat sg wang.





pas makan tu bajet nak kuar g jenjalan,okeyh buat keputusan inchik chenta park moto dier kt parking kete umah aku, then kuar nek kete ngn aku..
so time da smp umah, inchik chenta da park moto, aku pn cakap kt inchik chenta


" hubby..syg nak nek atas umah jp, nk g toilet lah "


berdesup aku lari rasa cm aku terbang lah plak


lepas da melabur saham..hahahaha! aku turun g kt kete, tgk inchik chenta da masuk dlm kete, ngah duk dlm kete bajet nk gerak nie tiba-tiba

" eh sayang, dlm kete syg ade bunga eh? " inchik chenta


" eh bila masa plak dlm kete syg de bunga.." kata aku smbil agak konfius lagi blur


" eh yelar..ade org bagi bunga eh kt sayang.." kata inchik chenta smbil amek bunga kt tmpat duduk blakang


" hubbyyyy!! "


okeyh aku mmg terkejut klu nk tgk muka tu xyah citer lg kiut muka time ngah tahan berak.



serius
aku tak sangka, terkejut gila malam tu
nak jadi pe malam tu?
memang aku senyum sampai pagi
memang gila!


Tuesday, August 9, 2011

Kadang-Kadang Bukan Senang Aku Nak Katakan-Bila Itu Perlu

kadang-kadang aku perlu akui
haty aku sudah terbuka
kadang-kadang aku perlu akui
aku kalah dalam mempertahankan ego
dan
kadang-kadang aku perlu akui
hati aku hanya untuk dia



aku biarkan bulan bicara sendiri
aku biarkan bintang berkelip sendiri
aku biarkan matahari terbenam sendiri
dan
aku biarkan awan cerah sendiri



aku suka
aku sayang
aku cinta
itu semua aku
diri aku
jiwa aku
hati aku
perasaan aku
itu semua aku



kadang-kadang langit tak secerah yang aku pinta
kadang-kadang hujan turun tanpa aku duga
ibarat itu kehidupan aku
episod baru
hidup baru
itu semua baru bagi aku



cuma aku pinta
biarlah penamat ceritanya berakhir dengan kebahagiaan
biarlah kesudahan episod berakhir dengan kegembiraan
itu aku pinta




" walau sebesar mana dugaan yang datang, aku mohon utk tabahkan hati aku, aku mohon utk diberi kekuatan dan aku mohon biarlah dia seorang sahaja dihati smp akhir hayat.."