CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 15, 2012

Kali Nie Biar Aku Yang Simpan, Kunci Aku Buang Jauh-Jauh

ingat aku simpan
aku ambik semua sekali
bukan satu dua tiga atau sampai sepuluh mahupun berjuta
tapi semua sekali


bukan sikit
tapi semua sekali
ingat semua sekali
aku simpan
aku letak jauh-jauh
kalau boleh jauh dalam 
aku simpan 
aku kunci
rapat-rapat
biar tak boleh cari
biar tak jumpa


jangan tanya mana kunci
jangan tanya macam mana nak buka
jangan tanya kenapa
dan
jangan tanya mengapa
sebab kunci aku dah campak
aku campak kt tempat yang aku sendiri takkan jumpa
dekat tempat yang aku paling susah nak cari
 

kali nie biar aku sendiri yang kunci
biar aku sendiri yang tanggung
sebab aku dah malas
penat
payah
serabut
aku serius
bukan main-main kali nie
serius




" kalau kau ok, dia ok jangan fikir negetif. Sebab benda yang kau cakap nie bukan masalah besar pun, kecik sekecik-keciknya. Kalau kau dan dia bersabar benda tak jadi masalah sebab bukan kau yang salam Tok Kadi nanti dia yang akan salam.."- abg totoq





 

Friday, September 14, 2012

Bila Jujur itu Perlu, Bila Setia Harus-Hanya Kali nie

orang kata cinta jarak jauh nie susah, payah
orang kata cinta jarak jauh nie macam angin lalu, terbang bebas
orang kata kalau cinta berdasarkan umur rupa nie macam tak kekal lama
eh yeke?

itu orang kata
tapi Tuhan tak kata apa-apa pun
orang kata cinta tanpa kepercayaan tu macam sampah
boleh buang merata-rata
tapi boleh ke samakan cinta dengan sampah?

dan
orang kata lagi kalau cinta tanpa kesetian ibarat pokok yang tunggu masa nak tumbang
eh yeke
tapi aku tak kata apa-apa pun
aku diam
aku senyap
tapi aku fikir


sampai bila orang nak ibaratkan macam tu
sampai bila orang nak kata macam tu
kalau aku cinta 
aku cinta setengah mati
betul tak tipu
serius aku tak tipu


kalau aku cinta
aku setia sepenuh alam
aku tak bohong
orang nampak aku macam nie
ramai kawan
orang kata aku terlalu ramai kawan
lelaki pulak tu
tapi orang tau ke hati aku dekat siapa
tak tau kan



aku masih waras lagi nak bezakan kawan dan kekasih
dan
aku masih waras lagi untuk setia dan jujur pada pasangan aku
sumpah
aku kalau cinta
cinta setengah mati
aku tak kira ape orang nak kata
hati aku
perasaan aku
memang aku cintakan dia



kalau orang kata kau setia ke?
setia boleh ukur ke?
setia boleh nampak ke?
kalau orang kata kau jujur ke?
jujur boleh cakap ke?
jujur boleh tengok ke?
jawapan aku hanya satu
biar yang Esa menilai
hanya Dia yang tahu segalanya..

Sunday, September 2, 2012

Aku Tak Tau Apa Itu Rasa

salam merdeka raya
eh?
masih lagi kan?
okeh lama juga aku tak update belog nie kan?
macam mana raya?
macam mana merdeka?
aku?
semuanya okeh
disamping ibu bapa
keluarga yang aku sayang kamu
eh macam tajuk lagu kan?

merdeka pegi mana?
aku?
duduk rumah
kemas rumah
tido
best kan?


ramai yang tanya
takde boypren ke?
boypren 2 ape eh
konon..
pura-pura tak tau kan
entah 
iye aku jawap entah
ingat cinta nie macam makan gula-gula kapas
manis sentiasa?
sweet 17 sentiasa?
itu anggapan aku lar kan


orang tanye kenapa tak nak cari ke?
aku jawap
entah
iye aku jawap entah jugak
kenapa?
cinta yang dicari mudah pergi
biarkan cinta itu datang sendiri


kau tau apa itu rasa?
rasa bila bercinta?
rasa bila bahagia?
aku jawap
entah..entah lar
aku da lupa macam mana rasa tu semuanya
nanti kalau aku boleh rasa aku bagitau kau, boleh macam tu?


aku ada sorang kawan baik
eh bukan
sahabat baik
eh bukan 
kawan yang lebih dari sahabat
eh apa apa jer lah
lama da kita kawan
betul
lama..
bukan aku tak nak jumpa dia
tapi
entah lar
aku sendiri tak tau apa sebenar jawapan aku



dia memang baik
perangai dia dari dulu sampai skg tak pernah berubah
kelakar
lawak
sweet
kadang kadang bnd tak lawak pun jadi lawak
serius
mungkin cara dia kot
kadang kadang aku macam cemburu bila dia ckp psl perempuan lain
aku?
aku buat ilex2 jer -> tipu okey aku tipu
kadang kadang aku macam konfuse dgn perasaan aku
entah lar entah


aku mungkin tak nak hilang dia
betul
aku tak tipu
aku susah nak luahkan
entah lar
aku rasa aku perlu biarkan dia pergi
mungkin
tapi aku sayang dia
entah lar
entah..
 

Sunday, August 5, 2012

Bukan Jiwa-Jiwa- Ini Normal

tajuk macam pelik kan?
ye ye tau
tapi aku normal
kau normal tak?
mungkin orang fikir aku da gila skg nie kan?
hahahaha
aku masih lagi berpijak di bumi yang nyata
dimana langit dijunjung
disitu kaki aku berpijak


habis fasa sedih
habis fasa kecewa tertonggeng terlungkup
okey okey sudah habis
kadang-kadang orang tanya soalan yang pelik kat aku
kau kuatkan?
kau tabahkan?
okey okey
kadang-kadang aku tak jawab pun soalan tu
kadang-kadang aku senyum buat muka ala ala macam kpop sikit


tapi kawan baik aku atau bahasa skg nie BFF nie ayat dia agak klu kau dengar rasa mcm nak sekeh jer
sampai bila  kau nak layan jiwa kau nie?
sampai bila kau nak macam nie?
okey okey
sebab aku fikir ramai kawan sahabat member yang bagi support
sebab aku mereka sume faham dengan keadaan aku
so aku berdiri lagi kukuh sebab aku ada kau ada, eh tetiba jer



memanglar aku senyum
aku gelak
buat muka macam takde benda berlaku
kalau lar hati tu orang boleh tgk mesti korang kater fuiyoo giler ah!
ok fine
aku tak nak merepek apa lagi
eh kau puasa tak?
dan dan cakap puasa kan
eh selamat lar eh..
selamat hari raya!
hahaha




" aku bukan lemah, tapi aku tewas dengan mainan jiwa..aku bukan lemah, tapi aku tewas dengan mainan perasaan.."


Sunday, July 29, 2012

Redha itu Ikhlas

aku senyum melihat kau bahagia
aku senyum melihat kau gembira
aku senyum melihat kau rasa tenang


aku doakan agar engkau bahagia
aku doakan agar engkau senang sentiasa
aku hanya mampu berdoa dari jauh


mungkin dengan aku kau tidak rasa apa itu bahagia
mungkin dengan aku kau tidak rasa apa itu tenang
syukur Tuhan..
akhirnya engkau telah berjumpa pengganti yang sesuai untuk diri kau


walaupun perit untuk aku menerima
walaupun perit untuk aku hadapi
ketahuilah bahawa aku senang melihat kau bahagia
apapun kesalahan yang telah engkau lakukan padaku
apapun kesilapan yang telah engkau lakukan padaku
percayalah..
aku hanya mampu senyum


jiwa mana yang tidak merana
jiwa mana yang tidak menangis
hanya satu yang aku pegang
setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya
ketahuilah bahawa aku redha dengan setiap dugaan yang berlaku..




Saturday, July 28, 2012

Tenangkan Hati,Tenangkan Jiwa- Doaku

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau yang menghidupkan sekalian alam
Kau yang mematikan segala yang hidup
Tegarkan jiwaku
Matikan segala rasa yang ada ketika ini


Ya Rahman Ya Rahim
Aku bermohon kepadamu
Kau jauhkan hatiku daripada hatinya
Kau jauhkan perasaan aku daripadanya
Kau kuatkan aku untuk melupakannya


Allahurabbi..
Hanya engkau tempat ku bermohon
Hanya engkau tempat ku mengadu
Hanya engkau tempat ku berlindung
Tenangkan hatiku tenangkan jiwaku


Sesungguhnya segala dugaan yang kau berikan adalah satu nikmat bagiku
Sesungguhnya aku redha dengan apa yang berlaku
Sesungguhnya aku redha dengan apa yang Kau tentukan
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu
Kau berikan aku kekuatan untuk melupakan apa yang berlaku
Kau berikan aku kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya



Kau yang maha Pemurah
Kau yang maha Pengasih
Kau yang maha Pengampun
Kau yang maha Mengasihani
Sesungguhnya aku berserah kepadamu..

Saturday, July 21, 2012

Aku Terima Seadanya- Ramadhan

bila bulan ramadhan kadang-kadang buat aku senyum
bukan senyum sebab aku gila
tapi entah lar
kenangan
banyak sangat kenangan
biasalar aku manusia biasa


manusia biasa buat silap
kadang-kadang kita sendiri pun tak tau mana silap kita
cuma aku terkilan
kadang-kadang kita lupa silap itu dari diri kita sendiri
tapi kita semacam angkuh untuk mengakui
yang hanya kita nampak kesilapan dari orang lain
entahlah
sebab itu aku cakap manusia ni kadang-kadang tak boleh nak bangga diri sangat
nanti kita lupa
nanti kita alpa
sehingga kita sendiri tak sedar kesilapan diri kita



aku terima seadanya
aku terima apa pun yang mendatang
bukan aku tak pernah cuba yang terbaik
bukan aku tak penah cuba untuk memahami
manusia
jangan ada sifat terlampau melihat kesilapan orang lain
jangan ada sifat terlampau angkuh



aku biarkan dia berlalu pergi
aku sedar mungkin aku jugak ada yang tersilap
aku biarkan hanya dia yang berkata-kata
aku biarkan semua kesalahan itu datang dari aku
aku biarkan semua itu
aku biarkan
aku biarkan..



mungkin ramadhan kali nie besar hikmahnya
mungkin Dia berikan ketenangan untuk aku menjalani kewajipan..
mungkin ini hikmah ramadhan aku untuk kali ini
aku terima seadanya..